Kisah hidup saya dengan suami, 23 November 2006, kami disatukan. Suami
hanya kerja kampung, menoreh getah dan tinggal di rumah mertua.
Selepas 4-5 bulan berkahwin, saya disahkan hamil. 2 Februari 2008 saya
selamat melahirkan bayi lelaki. Saya sudah rasa sangat bahagia pada saat
itu walaupun susah, tetapi suami ada di sisi yang kuat bekerja mencari
rezeki untuk kami.
Sekali lagi saya disahkan hamil. 4 Mac 2009, saya selamat melahirkan
bayi perempuan. Dua bulan selepas bersalin, suami pergi Sarawak
menjalani latihan selama 6 bulan. Kembalinya suami ke sini sebagai
anggota polis dan bekerja di balai polis.
Suami dapat rumah di kuarters polis di Shah Alam. Dah tolak bank, tolak
rumah, hanya tinggal RM600. Dengan motosikal EX5 suami berulang ali
pergi kerja. Memang rasa bahagia.
Pergi beli barang di Tesco dengan anak seorang di depan, seorang lagi di
tengah-tengah naik motosikal. Akhirnya suami dapat beli sebuah kereta
terpakai. Dengan gaji RM600 saya rasa sudah sangat bahagia sebab
anak-anak dan suami di sisi.
Disebabkan rumah jauh dari tempat kerja suami, kami pun berpindah ke kota. Dekatlah sikit dengan tempat kerja suami.
Anak lelalki pun dah berumur 6 tahun, masuk sekolah tadika di situ.
Tahun 2013, saya selamat melahirkan bayi perempuan, anak yang ketiga.
Saya rasa saya sangat bahagia. Tetapi inilah dikatakan isteri diuji saat
suami susah, suami diuji saat dia senang.
7 tahun dalam perkhidmatan polis, saya percaya 100% kepada suami. Pada
tahun ke 9 perkahwinan kami, saya diuji dengan ujian yang terlalu berat.
Saya mendapat petunjuk melalui mimpi. Seminggu saya bermimpi yang suami
saya ada perempuan lain. Akhirnya hati saya tergerak untuk membuka beg
kerja suami. Betapa hancurnya hati saya bila terbaca surat nikah suami
di Thailand. Mengigil seluruh badan.
4 bulan saya bersabar sebab fikirkan anak-anak. Tetapi saya mengalah
sebab saya tidak sanggup bermadu. Setiap hari menangis dan persoalan
bermain di fikiran, apakah salah saya? Saya suruh suami pilih antara
saya, anak-anak dengan isteri baru dia. Namun, suami enggan melepaskan
siapa-siapa. Jadi saya mengalah sebab saya tidak sanggup.
Betapa terseksanya saya, selama 4 bulan bertahan, akhirnya saya
diceraikan pada bulan Disember yang lalu di saat saya mengandung 4
bulan. Suami lebih memilih isteri barunya berbanding saya yang sudah 9
tahun hidup susah dengannya.
Saya tinggal dengan ibu di kampung. Saya tidak pernah bekerja, habis
pantang ini terpaksalah saya mencari kerja untuk menanggung anak-anak.
Doakan anak-anak yang tidak tahu apa-apa ini membesar dengan sihat
walaupun tanpa kasih sayang seorang ayah. - KRT | PIXEL MEDIA
No comments:
Post a Comment