Memang ramai wanita cantik di luar sana. Tapi susah nak jumpa wanita yang memiliki kecantikan semula jadi tanpa mekap tebal.
Kebanyakan wanita sekarang kalau keluar pergi shopping mall pun dah pakai mekap tebal nak cover jerawat, bekas jerawat semua.
Bukan ke lagi bagus kalau rawat kulit tu dulu bagi cantik dari pakai mekap tebal-tebal. Bila orang cakap kau fake, kau marah. So nak salahkan siapa?
Kenal pasti 6 tanda ini yang hanya ada pada wanita cantik sahaja tanpa mekap tebal!
1. Sentiasa tampil yakin
Ramai wanita mendakwa mekap membuatkan
mereka lebih cantik dan yakin. Tapi sebenarnya wanita tanpa mekap lebih
cantik dan sentiasa yakin dengan diri mereka.
2. Cantik semula bukan fake!
Mekap hany boleh menutup cela dan
kekurangan diri. Tapi tidak menyerlahkan kecantikan semula jadi. Mesti
ramai yang kagum jika melihat wanita cantik tapi tanpa mekap tebal.
3. Kulit mereka lebih sihat
Banyak bahan kimia dalam produk kosmetik
yang anda gunakan. Kalau dah hari-hari pakai mekap, habislah rosak
kulit. Mekap tebal buatkan kulit jadi lebih teruk dan tak cantik.
4. Tak pernah datang lewat
Wanita cantik tak pernah
datang lewat untuk ke mana sahaja. Sebab apa? Mereka tak perlu habiskan
masa berjam-jam untuk pakai mekap. Betul tak?
5. Lebih berfikiran terbuka
Wanita cantik ni tak perlu fikirkan
benda remeh yang lain jika dibandingkan dengan wanita yang hanya sibuk
dengan mekap tebal sahaja. Wanita yang memakai mekap tebal terlalu risau
dengan wajah mereka sehingga tidak hiraukan perkara lain.
6. Lebih tahu bagaimana untuk jimatkan wang
Wanita cantik tidak perlu berhabis
beratus ringgit hanya untuk membeli alatan mekap hanya untuk mencatikkan
diri. Wanita cantik tidak perlukan semua itu. Dengan cara itu mereka
boleh berjimat!
No comments:
Post a Comment