Saturday 2 April 2016

Ayah Dan Bekas Majikan Dedah Siapa Sebenarnya Suspek Dan Nurul Syahirah




Ayah Kandung gadis berusia 21 yang maut dipercayai akibat didera secara fizikal di Taman Gemilang, Jitra, semalam, berkata suspek lelaki dalam kes kematian anaknya, Nurul Syahirah, pernah bekerja sebagai pemandu teksi di syarikat anaknya bekerja.

Menurut Ishak Sulong, 43 ayah mangsa, suspek pernah bekerja sebagai pemandu teksi syarikat Teksi Big Blue Capital Sdn Bhd di Kuala Lumpur iaitu tempat anaknya bekerja tetapi lelaki itu dibuang kerja pada empat tahun lalu.

Saya pun tak tahu macam mana dia boleh berhubung balik dengan anak saya,saya terlepas pandang perkara ini,” katanya sebak.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa anaknya yang bekerja sebagai penyelia di syarikat teksi itu sejak empat tahun lalu, pada Februari lalu.

“Dia ada menghubungi kami dua minggu lalu tapi tidak memberitahu di mana lokasi sebenar dia,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah untuk menuntut jenazah anaknya.

Ishak yang turut bekerja di syarikat sama sebagai penyelia pemandu teksi berkata jenazah anaknya akan dibawa ke Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

Sementara itu majikan mangsa, Pengurus Big Blue Capital Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, Nurul Syahirah pekerja yang sangat berdedikasi dan jujur dalam pekerjaan.

“Arwah baik dan jujur, sesen duit tak pernah hilang semasa dia jadi juruwang dulu dan lepas dua tahun, saya naikkan pangkat dia jadi penyelia.

kalau ada pelanggan marah dia tetap senyum dan tak marah.
“Sedih pasal apa keadaan ini boleh jadi kat dia,” katanya yang menurutnya syarikat akan membantu urusan pengebumian arwah.

Berkenaan suspek lelaki terbabit, beliau berkata suspek pernah bekerja sebagai pemandu teksi di syarikatnya namun diberhentikan kerana masalah disiplin.

Mengimbas kembali kejadian yang berlaku kira kira 1.30 tengah hari itu, Nurul Syahirah Ishak disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang selepas disyaki didera suspek yang juga kenalannya.

Dan tangkapan dilakukan kepada sepasang suami isteri ditahan reman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Mangsa dilapor tinggal bersama pasangan suami isteri itu yang masing-masing bekerja sebagai ejen insurans dan doktor di hospital kerajaan bersama bayi mereka berusia enam bulan di Taman Gemilang.

No comments:

Post a Comment