Wednesday 6 April 2016

Jom Usha Harga Barang Terpakai Che Ta! Siapa Mampu Boleh Beli !


Oleh Feyra Nasrom Sumber IG @prelovedbyrcw


Baru-baru ini, Dato’ Siti Nurhaliza ada buat jualan barangan terpakai melalui akaun instagram @prelovedyctdk11 . Baju-baju yang dijual semuanya hanya dipakai sekali atau dua kali sahaja. Bukan itu sahaja, pakaian-pakaian yang direka juga daripada pereka fesyen ternama. Sambutan juga dikatakan amat menggalakkan, malah ramai yang membeli untuk dibuat sebagai koleksi. Kini, aktres jelita Rozita Che Wan juga mula membuat jualan barangan terpakainya menerusi akaun instagram @prelovedbyrcw. Bukan sahaja pakaian, beg tangan kasut serta koleksi baju anak perempuannya turut dijual menerusi instagram tersebut.

“Baju-baju itu masih elok dan semuanya saya pakai sekali sahaja, saya sudah pening kepala tengok pakaian tersebut kerana terlalu banyak”

Yang menarik, harga yang dijual memang rare habis ! Al maklumlah, koleksi barang Che Ta ni memang semua meletop ha ! jadi, padanlah dengan harga ya tak?  Kata Che Ta, barangan yang dijual semuanya masih berkualiti baik dan berjenama yang sememangnya gerun di dengar ! sebab? Mahal kot ! jadi, kalau rasa tak mampu nak beli yang baru, boleh usha barang-barang yang dijual oleh Che Ta , mungkin harga lebih murah dari yang asal? Bayangkan, kalau dah harga preloved RM 5000, agak-agak harga asal berapa ek? kalau mampu, boleh beli, kalau tak mampu, tengok aje okay ?  Jom usha ! 






SUMBER

No comments:

Post a Comment