Friday 8 April 2016

'Jika Saya Terus Guna Maxis Untuk 13 Bulan Lagi, Sayalah Manusia Yang Paling Bodoh

Kepada Maxis,
Saya masih ada 12 bulan kontrak dengan pihak anda. Pelan yang saya langgan ialah One Plan, caj bulanan sebanyak RM128 + RM30 (1GB) + GST 5% = RM167.48.
Selepas viralnya di media sosial mengenai sikap double standard Maxis dalam jualan pakej yang sama tetapi harga yang berlainan bagi bahagian timur dan barat Malaysia, saya mula membuat pengiraan.
Saya mengambil keputusan untuk berhenti melanggan pakej Maxis. 
Puncanya? Mudah saja. Pesaing Maxis menawarkan pakej yang lebih baik. Panggilan tak terhad, ditambah pula dengan 10GB data internet hanya dicaj sebanyak RM80 + GST 6% bersamaan RM84.80 dan tiada sebarang kontrak dikenakan.
Jika saya masih terus menggunakan perkhidmatan Maxis untuk 13 bulan lagi, sudah pastinya saya adalah manusia yang bodoh, yang perlu membayar bayaran tambahan RM364.72 dan hanya mendapat 4GB data internet setiap bulan bagi tempoh 13 bulan akan datang.
Jadi, petang ini saya mengambil keputusan untuk melanggan perkhidmatan Celcom. Maxis mengenakan penalti sebanyak RM712.10. Ambillah wang itu dan berambus!
Selamat tinggal! Maxis tidak menghargai pelanggan setia mereka dan Maxis tidak layak mendapat sokongan dari rakyat Malaysia kerana bersikap 'double standard' dengan menjual pelan yang sama dengan harga yang berbeza. - MC Thomas Voon | PIXEL MEDIA
 

No comments:

Post a Comment