Friday 8 April 2016

Pengantin Menangis, Kek Kahwin RM500 Jahanam!

Ini gambar dari customer saya. Sambil make up dia, dia mengadulah yang sebelum ini, di majlis sebelah perempuan dia ada pesan kek. Lain gambar yang dia hantar, lain pula yang dia dapat.
Sebelum itu, dia ada bertanya pada orang buat kek itu boleh tak buat kek seperti dalam gambar. Orang itu kata, boleh buat. Tetapi tima hantara kek masa dah last minute nak potokg kek, cepat-cepat akak kek ini nak balik. Rupa-rupanya, hasil keknya.. 
"Korang tengok sajalah sendiri," 
Customer suruh buat kek seperti dalam gambar, tetapi dia buat kek tak seperti dalam gambar dan hanya menggunakan renda langsir dan bunga plastik saja? Kek siap nak tumbang! 
Kos buat kek ini, RM500 okay! Ini hasilnya yang pengantin dapat? Ini kes aniaya pengantin dah. Berbaloi tak bayaran RM500 dengan hasil kek macam ini? 
Lebih teruk lagi, akak kek itu cucuk renda langsir itu menggunakan jarum saja. Agak-agaknya ada orang ke nak makan? Tiada seorang pun yang nak sentuh kek itu. Pengantin itu menangis, kasihan dia.
Moralnya, kepada para peniaga, janganlah menganiaya orang dengan mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kualiti. Sudahlah aniaya orang di hari bersejarah, kalau tak boleh tunaikan hajat orang, cakap saja tak boleh. Jangan bagi harapan. 
Sila sebarkan agar orang ramai berhati-hati selepas ini. - Yuyuen Othman | PIXEL MEDIA

No comments:

Post a Comment