Tuesday 5 April 2016

Inilah Rupa Tudung Yang Buat Peminat Fareeda Sanggup 'Merusuh'

Inilah Rupa Tudung Sweet Love Yang Buat Peminat Fareeda Sanggup 'Merusuh'
Kisah tudung Fareeda yang viral gara-gara pelanggan dan peminat setia jenama ini sanggup berebut dan merusuh belum sudah lagi di laman sosial.

Lebih hangat bila pelbagai komen dilemparkan termasuk komen pedas dari Wardina Saffiyah. VK tak berhasrat nak menghangatkan suasana. Cuma mahu berkongsi koleksi tudung terbaru Sweet Love yang membuat ramai penasaran. Mesti ramai yang nak tahu macam mana rupanya kan.

Menurut laporan  Sinar Harian sempena pelancaran tudung terbaru Fareeda iaitu Sweet Love ini terdapat 50 paten terbaru dikeluarkan.
Harga jualannya bermula dari RM120 dan pembelian tudung ini terhad pada hari Ahad saja iaitu semalam.
Bagi membeli tudung ini hanya sekumpulan pelanggan dalam 20 hingga 30 orang dibenarkan masuk dalam butik pada satu-satu masa. Pelanggan pula hanya dibenarkan melakukan pembelian dalam tempoh setengah jam seorang.
Tapi buat peminat setia jenama ini, semua itu seakan tidak menjadi satu masalah. Di bawah ini adalah koleksi tudung Sweet Love yang dijual semalam. Jom cuci mata.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/4/1.jpghttp://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/4/2.jpg
Bentuk hati dan penuh warna
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/4/4.jpghttp://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/4/5.jpg
Ada yang berkenan?
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/4/6.jpghttp://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/4/7.jpg
Konsep tudung nampak ringkas dan mudah dipakai.

Sumber Sinar Harian & Facebook FAREEDA..Nyata Jelita

No comments:

Post a Comment