Pada 10 Zulhijah 1435 H, saya menerima panggilan telefon jam 4.30 pagi dari seorang gadis…
“Ummi, saya terberanak.”
“Kat mana?”
“Dalam bilik air”
“Bilik air dimana?”
“Rumah saya…”
## Dalam telef0n memang terdengar nyaring suara bayi menangis.
“Siapa ada bersama kamu?”
“Saya sorang sorang.”
“Kat rumah takde 0rang ke?”
“Bilik air saya kat atas, kat bawah ada mak ayah, tapi mereka tak tahu.”
“Rumah kamu dimana?”
Gadis itu memberikan alamat rumahnya. Saya berada beratus ratus
kilometre untuk datang segera membantu. Saya berada di Johor Bahru.
Kejadian di Kuala Terengganu….
Tak ada cara lain yang spontan untuk dilakukan melainkan saya call 999.
Usaha untuk menyelamatkan 2 jiwa. Apabila talian 999 berjawap,…
“Ya Pn Liza, ada apa boleh kami bantu.”
Uiks…mereka dah simpan nombor saya, apabila saya membuat panggilan
menggunakan nombor telefon tangan saya, sudah pasti nama saya terpapar
sebagai pemanggil….
“Ada kes seorang gadis telah melahirkan anak di bilik air rumahnya. Saya
tidak dapat membantu, saya berada di Johor Bahru, sedangkan gadis itu
di Kuala Terengganu.”
“Jauhnya puan. Macamana puan boleh tahu pulak?”
“Gadis itu telefon saya memaklumkan.”
“Baik, kalau begitu, saya sambungkan puan dengan Hospital Kuala Terengganu dan bercakap dengan mereka.”
Setelah saya menerangkan lokasi dan memberikan maklumat nama, alamat dan
nombor telefon, terus paramedik bersama ambulance ke lokasi kejadian.
Alhamdulillah, ibu dan bayi dapat diselamatkan dan dibawa ke hospital….
Yang tidak dapat diselamatkan cuma maruah dan aib…..
Memang tidak ada siapa yang tahu gadis itu mengandung, termasuk ibu bapa
dan ahli keluarga lainnya. 2 minggu sebelum ini gadis ini berhubung
dengan saya, menceritakan tentang kandungannya dan berhasrat untuk
datang berlindung di BaitusSolehah. Namun gadis ini menangguhkan
sehingga lepas hari raya aidil adha.
Gadis ini cuma menganggarkan saja usia kandungannya. Ketika itu anggaran
usia kandungannya 6 bulan, lebih kurang 26 minggu. Dia menjangkakan
selepas hari raya aidil adha baru datang ke Baitus Solehah, ketika usia
kandungan memasuki 28 minggu…..
Namun jangkaannya silap. Rupanya usia kandungan sudah memasuki 36
minggu. Cuma bentuk fizikal tidak kelihatan, tidak sesiapa pun ahli
keluarga yang menyedari kehamilannya…..
Tidak siapa dapat menghalang kehendak Allah. Gadis ini berhasrat
merahsiakan tetapi ia terbuka jugà. Taubat yang belum dilakukan, niat
yang tidak benar benar bertaubat kerana Allah, maka Allah buka aib
dirinya dan maruah keluarga.
Ambulance tiba di rumahnya pada pukul 5.00 pagi dengan bunyi siren yang
bingit. Kebetulan rumah gadis itu berhampiran surau. Ketika gadis dan
bayi diusung masuk ambulance, jemaah surau datang berkerumun disisi
ambulance untuk mengetahui kes kecemasan apakah yang berlaku. Siapa
sakit? Sakit apa???
Kebetulan orang orang kampung kenal itu rumah siapa, jadi berduyun duyun datang menziarahi untuk tahu siapa yang sakit….
Alangkah malunya emak ayah sigadis. Tidak terucap sepatah kata pun
ketika ditanya. Ketika paramedik datang mengetuk pintu, mereka sudah
terperanjat, ada kes apa ambulance datang subuh subuh ni ke rumah
mereka. Siapa yang sakit????
Apabila paramedik menerangkan ada panggilan kecemasan, seorang gadis
telah melahirkan anak di bilik air di tingkat atas rumah, ibu bapa gadis
itu sangat terperanjat….
Mereka pun tidak dapat menjangka siapa, maka segera mereka naik ke
tingkat atas menunjukkan bilik air. Dan apabila melihat saja wajah anak
bongsu mereka terbaring di bilik air bersama bayi baru lahir di sisinya,
terus si emak beristigfar, jatuh pengsan kerana terkejut.
Setelah tali pusat di potong, ibu dan bayi diusung bawa ke dalam
ambulance. Emak yang pengsan dipulihkan dahulu sebelum ambulance
meninggalkan mereka menuju ke hospital.
Ahli keluarga ambillah iktibar, prihatin dengan sikap dan bentuk fizikal
tubuh ahli keluarga. Sikap seseorang gadis yang mengandung selalunya
berubah dan berbeza dari kebiasaan. Maka ambik tahu dan ambil berat
supaya kes begini tidak berlaku…..
No comments:
Post a Comment