Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin
ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang
dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga
majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh
bulan lalu.
Isteri cantik curang
Perbuatan
wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca
khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit
isterinya, malam kelmarin.
Menurut
sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita
itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri
kononnya kepenatan kerana bekerja.
“Tidak
lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi
SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila
melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.
“Lelaki
terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang
menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan
suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan,”
katanya.
Sumber
berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya
kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim
bagi mendapatkan penjelasan.
Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.
“Wanita
itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit
dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang
terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan,” katanya.
Sumber
berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan,
Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke
Balai Polis Putatan.
Norisham
berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit
milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu
mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.
“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
“Pasangan
itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.
Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu.
No comments:
Post a Comment