$%^Umum
mengetahui bahawa Sofea Jane mempunyai 3 orang anak perempuan iaitu
Arissa, Khadeja serta Soraya. Katanya yang beraksi memakai bikini
didalam gambar berkenaan adalah Arissa dan juga Khadeja.
Walaupun
ramai yang sudah sedia maklum gaya kehidupan sosial anak-anak kepada
pelakon tersebut, ia ternyata sedikit memalukan apabila kita melihat
anak melayu yang sudah tentu beragama Islam berpakaian sedemikian.
Di
negara kita sekarang, semakin ramai artis wanita melayu yang
beranggapan pemakaian bikini adalah merupakan satu perkara biasa didalam
hidup. Tak mustahil suatu hari nanti bikini akan menjadi "pakaian
rasmi" wanita melayu jika mahu bersantai di tepi kolam renang ataupun
pantai..
Memanglah
ramai yang akan tertarik jika wanita memakai pakaian "hampir bogel"
itu.., khususnya lelaki. Tetapi apakah dengan memakai bikini, ia akan
dapat menaikkan darjat seseorang wanita dimata umum?
Hak
pemakaian sememangnya hak masing-masing.., tetapi diharap wanita
melayu/Islam jangan pula merosakkan imej agama dengan menegakkan
kononnya hak pemakaian mereka.
No comments:
Post a Comment