Friday 25 December 2015

Luahan Si Ibu - Saya Harap Dia Mati Macam Anak Saya Mati .. Penangan Anak Dibelasah Oleh 6 Lelaki..

Mengambil jenazah anaknya di Universiti Malaya Medical Centre yang meninggal akibat cedera parah selepas diserang enam lelaki, ibu kepada Mohd Farhan berkata dia mahu bersemuka sendiri dengan pembunuh anaknya.


"Saya mahu tanya kenapa dia bunuh anak saya. Saya harap dia mati macam anak saya mati", kata Suriah Asibi, 47.

Anaknya, Mohd Farhan Osmera, 18, dilaporkan cedera parah setelah dipercayai diserang oleh enam lelaki dipercayai bersaudara di Apartmen Permai, dekat Damansara dua hari lepas. Setelah 12 jam bertarung nyawa di hospital, Mohd Farhan akhirnya meninggal dunia di sana.


Menurut laporan, mangsa dikatakan berselisihan faham dengan seorang rakannya di gelanggang futsal kira-kira jam 8 malam. Walaupun pertelingkahan itu berjaya dileraikan oleh orang ramai, namun suspek bertindak menyerang mangsa sejam kemudian bersama-sama sanak-saudaranya.




No comments:

Post a Comment