Bulan Jun hingga Ogos hanya untuk makluman jumlah bil elektrik yang biasa diterima.
Bil elektrik dari bulan September, saya mula mencabut kesemua plug
barangan elektrik yang tidak digunakan, ketika suami bertugas di luar
kawasan.
Bil elektrik pada bulan Oktober pula menunjukkan ada berlakunya penurunan. Ok!
Bagi bil elektrik bulan November, suami ada di rumah dan masih belum
biasa dengan 'peraturan baru'. Dia gemar meninggalkan laptopnya yang
dicas sehingga pagi keesokan harinya.
Bil elektrik bulan Disember? Apa yang kami lakukan ialah tutup dan cabut
plug barangan elektrik yang tidak digunakan dan sudah menjadi amalan
kami sekeluarga.
Sebagai contoh, jika anda menggunakan kipas berdiri, cabut plug kipas
tersebut apabila anda keluar dari bilik. Biarpun anda akan kembali masuk
ke dalam bilik beberapa jam kemudian.
Anda boleh menggunakan penghawa dingin atau apa saja barangan elektrik
di rumah apabila perlu. Tricknya ialah, plug barangan elektrik kekal
dicucuk pada soket terutamanya extension plug (1 plug dengan 2-5 plugs?)
"Memang tinggilah bil bulanan anda!"
Kami juga menggunakan penghawa dingin. Jadi, apabila tidak digunakan,
kami cabut plug (jika ada). Bukan hanya sekadar menutup suisnya sahaja.
Namun begitu, plug barangan elektrik yang utama speerti Peti Ais, Thermo
Pot, dan yang berkepentingan, tak usahlah cabut. Saya hanya sekadar
berkongsikan cara penjimatan elektrik keluarga kami. - Liyana Syazwani
No comments:
Post a Comment