HULU TERENGGANU : Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan
mati lemas ketika mandi manda di Air Terjun Belukar Bukit di sini tengah
hari tadi.
Kesemua mangsa yang berasal dari Selangor itu dikenal pasti sebagai
Abdul Halim Samian, 44, Nurul Adila@Salawati Awang, 39, Nurul Arifah
Abdul Halim, 16, Nurul Aina Abdul Halim, 11, dan Nurul Izah Abdul Halim,
10.
Abdul Halim atau lebih dikenali dengan nama Imam Halim iman surau fasa 2
Puncak Alam, beliau meninggalkan anak lelaki tunggal yang terselamat
dari tragedi malang itu.
Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd. Yusof berkata, seorang lagi mangsa, Mohd. Hasif Abdul Halim, 9, bagaimanapun selamat.
Beliau berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada
pukul 11.35 pagi dan 11 anggota telah dikerah ke tempat kejadian.
"Mayat seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak perempuan dijumpai pada
pukul 12.17 tengah hari, pada pukul 12.33 tengah hari mayat seorang
perempuan dewasa pula ditemukan," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment