Masihkan Anda Ingat
Nur Amalina Che Bakri Pelajar Cemerlang Yang Memperoleh 17 A??? Beliau
Dikatakan Telah Pun Gagal Dalam Pelajarannya Oleh Kerana Perubahannya
Yang Mendadak. Tapi 8 tahun Kemudian Amalina Sekali Lagi Mengejutkan
Rakyat Malaysia Setelah Lama Menyepi!!
Tahniah Nur Amalina
Che Bakri. Pencapaian terbaru dan terkini Nur Amalina Che Bakri terus
menutup cakap-cakap dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya 3 tahun
lalu iaitu sekitar awal tahun 2012 yang lalu.
Berdasarkan
maklumat yang Berita Semasa terima, sepanjang berkelana di luar negara,
di negara orang, Dr. Amalina lebih fokus kepada “hak asasi manusia,
kerja sosial dengan masyarakat UK dan di luar), dan buat internship di
hospital terkemuka (Harvard, Imperial).
Keputusan dan Pencapaian Terkini Nur Amalina Che Bakri 2015?
Keputusan SPM 2004 dengan 17A
Pelajar Tajaan Bank Negara Malaysia BNM
Ijazah Universiti Edinburg Scotland (Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah perubatan). Double degree.
Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus translasi perubatan dan terapeutik
Sekarang sedang menjalani latihan sebagai doktor pelatih
Bakal sambung
belajar ke peringkat PHD atau Doktor Falsafah dalam bidang kanser
payudara dan onkoplastik di Kolej Imperial, London
Sedang berusaha ke arah menjadi perunding dan pakar bedah kanser payudara tidak lagi lagi
Bakal membuat pembentangan kertas Thesis di Persidangan Kanser Antarabangsa di Houston Texas, USA
Nur Amalina Che
Bakri juga sudah bentangkan 6 kertas kajian beliau di peringkat dunia
untuk kajian perubatan dan ada antara kajian Amalina Che Bakri adalah
yang terbaik
Jikalau anda mahu
lihat contoh resume Aamalina Bakri, bleh semak di profil Linkedin
miliknya di sini, uk.linkedin.com/pub/amalina-bakri
Apa yang boleh Berita Semasa dengan satu kata, Impressive.
Jikalau Universiti Berita Semasa tidak ambil pusing tetapi master dari Universiti Cambridge. Salute her.
Semoga kehadiran
anda pulang ke Malaysia bakal mampu menyelamat lebih ramai lagi mangsa
kanser payudara berdasarkan pengalaman dan kepakaran anda pada ketika
berkelana di luar negara sana. Insyaallah.
Dan semakan Berita
Semasa menunjukkan, Amalina Che Bakri juga ada menyumbang hasil tulisan
dalam buku bertajuk ABC of Medically Unexplained Symptoms dan tulisan
Amalina Bakri boleh anda baca dan amati pada bab 36 yang memfokuskan
terhadap Pelvic and Reproductive System Symptoms pada Bab 10 di muka
surat 36.
Sambung PHD. Boleh pula menulis pula lagi. Tahniah adik Amalina.
Amalina jikalau
balik Malaysia terus dapat jadi pensyarah atau pun buat klinikal. Paling
kurang nanti boleh bermula dengan gred UD54 kelak.
Nur Amalina,
pelajar cemerlang 17A1 serta penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H/2005
pernah menjadi kontroversi sebelum ini ekoran dari beberapa keping
gambar kurang sopan yang dianggapnya sebagai fitnah.
Kini pelajar tahun
akhir jurusan perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland pertama kali
tampil bersama rambur ‘kaler’ dan meluangkan masa kira-kira dua jam
berkongsi pengalaman serta tips belajar bersama pelajar Kolej Perubatan
Di Raja Perak Universiti Kuala Lumpur (UniKL RCMP) 25 Disember lalu.
“InsyaALLAH pada
satu hari saya akan pulang ke Malaysia dan berkongsi ilmu kepada anak
tempatan yang bercita-cita untuk menjadi doktor,” kata Nur Amalina
kepada Sinar Harian.
“Ini merupakan kali
pertama saya adakan sesi interaksi bersama mahasiswa di negara ini
selepas lapan tahun melanjurkan pelajaran di luar negara.
“Tujuan utama saya
pulang ke Malaysia adalah untuk memperbaharui visa pelajar. Kebetulan,
Pengerusi UniKL RMCP, Datuk Dr Adham Baba tawarkan saya mengadakan sesi
ini,” katanya.
Gambar Nur Amalina dan ibunya, Sabariah Hassan bersama pelajar dan pensyarah UniKL RCMP.
***
Notadiri
Allah taala memilih kita melalui wasilah manusia,
Bila Allah lukiskan sesuatu takdir untuk kita, tiada siapa yang memadamkannya,
Tawakallah dalam setiap perkara,
dalam setiap saat kehidupan.
No comments:
Post a Comment