Nampak
remeh tapi mengabaikan sarapan pagi memberi impak besar kepada
diri kita sebenarnya. Sering kita dengar kenapa tidak ambil sarapan pagi
kerana tiada selera dan yang paling ketara sekali apabila untuk jaga
berat badan. Betul ke?
Untuk pengetahuan anda, sarapan itu
amatlah penting untuk tubuh badan kita, ia berperanan membekalkan tenaga
kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti harian yang sibuk. Nak tahu 4
perkara kenapa sarapan pagi sangat penting kepada tubuh?
4 Sebab Ini Akan Membuatkan Anda Menyesal Kerana Abaikan Sarapan Pagi
1. Sarapan dapat mengurangkan badan
Sudah menjadi mitos tak ambil
sarapan kerana menjaga diet dan menjaga berat badam. Tetapi tahukah
anda sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan
pembakaran kalori secara lebih efisien.
Tetapi bergantung juga pada jenis pemakanan yang anda ambil. pastikan mengambil pemakanan yang elok dan sihat.
2. Boleh meningkatkan daya tumpuan
Sebahagian besar tenaga dalam bentuk
glukosa dan glikogen (tenaga simpanan) di gunakan pada hari sebelumnya
apabila anda bagun pagi. Jadi, badan kita amat memerlukan makanan(sumber
tenaga tubuh) untuk fungsi otak dan daya tumpuan.
Tanpa tenaga, anda akan berasa letih dan
kurang tumpuan terhadap kerja yang di lakukan. Dengan perut kosong dan
tidak selesa adakah anda akan memberi tumpuan pada kerja?
3. Merendahkan risiko penyakit jantung
Beberapa kajian ke atas makanan yang
mengandungi sumber bijian penuh di dapati membantu merendahkan risiko
penyakit jantung. Di katakan ia berkemungkinan dari kebaikan bijian
penuh yang tinggi kandungan serat makanan.
Sumber karbohidrat seperti roti juga bagus di samping buah-buahan seperti pisang abgsu di adun bersama untuk sarapan yang sihat.
4. Membekalkan tenaga seharian
Selain dapat meningkatkan prestasi
minda, ia juga boleh membekalkan tenaga kepada diri kita dan
meningkatkan metabolisma dengan gabungan pengambilan karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral yang bersesuaian dengan keperluan tubuh.
Jadi jangan lupa ambil sarapan,
sekurang-kurangnya 3 keping roti putih dan segelas minuman panas agak
baik untuk membekalkan tenaga sehingga tiba waktu lunch hour.
No comments:
Post a Comment