KOTA TINGGI :
Empat termasuk tiga sekeluarga warga Singapura rentung apabila kenderaan
yang dinaiki mereka bertembung lalu terbakar di Jambatan Sungai Dohol,
Jalan Mersing kira-kira pukul 7 pagi tadi.
Seorang pemuda
melalui facebook nya merasa amat kesal kerana gagal untuk menyelamatkan
mangsa ketika api sedang marak membakar kedua-dua kereta ini namun
beliau sempat menyelamatkan salah seorang mangsa.
Mengikut pemuda
terbabit dia sudah cuba menyelamat kan seorang wanita didalam kereta
yang terbakar itu namun dia gagal membuka pintu tersebut kerana sudah
kemek dan ketika itu lah dia terpaksa melihat rintihan wanita yang hidup
itu dibakar api yang sedang marak itu, ketika kejadian hanya beliau
seorang di kawasan terbabit.
Kemalangan
dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Land Rover
yang dinaiki tiga sekeluarga berkenaan sedang dalam perjalanan ke
Mersing melanggar papan tanda di jambatan itu lalu terbabas ke arah
bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Toyota Corolla yang
dinaiki seorang wanita dalam perjalanan ke Kota Tinggi.
Akibat
pelanggaran itu, keluarga warga Singapura yang terdiri daripada seorang
lelaki, wanita dan kanak-kanak serta wanita yang memandu kereta Toyota
Corolla berkenaan maut dalam kemalangan berkenaan.
Bagaimanapun,
seorang kanak-kanak yang dipercayai anak wanita yang memandu kereta
Toyota Corolla berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi
(HKT) oleh orang awam untuk menerima rawatan.
Seramai lima
anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi yang diketuai
Komander Operasi Ramlan Mahat dikejarkan ke lokasi kejadian untuk
membantu memadamkan kebakaran berkenaan.-Utusan Online.
No comments:
Post a Comment