Tiga jenis makanan ini sebaiknya anda kurangkan pengambilannya ketika cuaca panas kerana mampu menjejaskan kadar air dalam badan selain meningkatkan suhu tubuh.
1. Makanan pedas
Masyarakat Malaysia memang sinonim dengan makanan pedas baik menggunakan cili api mahu pun rempah. Namun ketika cuaca panas makanan sebegini sebaiknya dikurangkan.
Makanan ini dikatakan boleh meningkatkan suhu badan selain menghasilkan peluh berlebihan. Oleh itu hidangan seperti masak lemak cili padi atau sambal tumis yang pedas melampau sebaiknya dihindari apatah lagi ketika tengah hari yang panas.
Selain itu makanan yang terlalu pedas juga boleh menyebabkan cirit birit bagi yang tidak biasa hingga mampu mengakibatkan tubuh kehilangan cecair yang mana cukup berbahaya ketika cuaca panas.
2. Teh dan kopi
Sudah menjadi kebiasaan kita sarapan mesti diiringi dengan minuman kopi atau teh. Tapi ketika cuaca panas ini dua minuman ini perlu dihindari.
Ini kerana teh dan kopi akan menyebabkan kita kerap buang air kecil, sedangkan tubuh memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air.
Kita boleh menggantikan teh dan kopi ketika sarapan dengan jus buah-buahan yang kurang gula. Selain itu pastikan minum banyak air putih untuk membekalkan air yang cukup pada tubuh.
3. Hidangan berasas daging
Makan nasi berlauk gulai daging atau daging black paper memang enak tapi pada hari-hari yang panas membahang sebaiknya ia dikurangkan pengambilannya.
Sebabnya makanan berasaskan daging ini bersifat tinggi protein dan sukar dihadam. Malah sewaktu proses penghadaman makanan ini tubuh akan mengeluarkan haba yang boleh menyebabkan kepanasan.
Selain itu tubuh lebih banyak tenaga untuk memecahkan protein berbanding karbohidrat. Jadi disarankan kita mengurangkan hidangan daging dan sebagai alternatif anda mungkin boleh mengambil lebih banyak lauk berasas ikan dan sayur-sayuran.
Tips kekal sihat di musim panas
Di samping mengelakkan tiga jenis makanan di atas praktikkan juga apa yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ketika berdepan cuaca panas untuk menjaga kesihatan tubuh.
Sumber: www.foodrepublic.com
No comments:
Post a Comment