Friday, 25 March 2016

7 Sebab Isteri Selalu Stres, Suami Sila Faham

7 Sebab Isteri Selalu Stres, Suami Sila Hadam!
Ramai suami yang pelik bila isteri selalu marah-marah bila pulang ke rumah dari tempat kerja. Marah-marah lihat pinggan mangkuk di singki, anak belum mandi, makan lambat dan sebagainya.

Dalam fikiran mereka kenapa isteri perlu marah-marah dan stres balik dari kerja sedangkan sepatutnya rumah tempat untuk berehat dan tenang-tenang.

Kalau mahu tahu tujuh sebab inilah yang membuatkan isteri selalu stres dan tak boleh relaks walau pun di rumah.

1. Wanita dinilai dengan cara yang berbeza berbanding lelaki
Jika anak keluar rumah dengan pakaian yang tidak sesuai bersama si ayah, orang akan melihat dan berfikir, “Wah, bagus ayah dia, sanggup luangkan masa layan anak.”

Tapi jika anak berjalan dengan si ibu dengan penampilan begitu, pandangan orang akan berbeza terutama wanita lain. Mereka berfikir, “Ibu apa macam ni, pilih baju anak pun tak pandai. Jadi isteri mahu anak dalam keadaan elok sentiasa supaya pandangan orang lain terhadap dirinya juga elok.

2. Tertekan dengan penilaian orang lain
Bagi wanita yang belum kahwin, apa orang cakap tak penting bagi mereka tapi perkara ini berubah selepas wanita itu mendirikan rumah tangga dan menjadi ibu. Keadaan anak di sekolah atau penampilan suami di tempat kerja akan menentukan pendapat orang lain tentang mereka sebagai ibu dan isteri.
Misalnya, jika anak ke sekolah dengan pakaian kotor, dia akan sangka orang lain mengata dirinya ibu yang malas. Isteri jadi stres kerana fikir penilaian orang lain terhadap mereka. So nak tak nak baju anak tak boleh ulang dan wajib digosok. 

3. Suara hati isteri lebih tajam  
Ini pun penyebab stres. Suami selalunya tak terkesan jika datang lambat ke majlis atau kenduri keluarga. Tapi isteri sangat memahami pandangan mata yang diberikan oleh ibu mentua atau kakak-kakak ipar. So faham-fahamlah bila kenduri pulak waktu malam. Memang isteri boleh angin kalau ada yang lambat.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/24/stressful-mom.jpg
4. Selalu tak cukup tidur
Wanita memerlukan tidur yang lebih banyak selepas penat menguruskan rumah tangga tapi malangnya merekalah yang paling kerap bangun melayan kerenah anak di tengah malam. Bila kurang tidur, isteri akan penat, mudah stres dan marah-marah.
5. Melaksanakan kerja rumah sangat penting
Ia berkait dengan poin pertama dan kedua kerana wanita dinilai dengan cara yang berbeza dibanding lelaki.  Membereskan kerja di rumah adalah keutamaan isteri. Dia mahu rumah dalam keadaan kemas dan bersih supaya jika ada tetamu yang datang dia tidak dipandang sebagai ibu yang tidak buat kerja di rumah.

6. Suami tidak memahami
Keperluan utama isteri dari suami adalah empati dan difahami. Jika isteri stres kerana penat melakukan kerja rumah, dia mahu suami memahaminya. Jika suami buat tak endah perasaannya maka dia akan menunjukkannya dengan emosi.
Sebab itulah ada isteri yang akan buat kerja rumah diiringi bunyi keletung, keletang tanda marah atau stres selain isyarat agar suami faham kepenatannya.

7. Isteri memiliki darah jenis A
Wanita dalam golongan darah jenis A biasanya teratur dan sangat detail. Jadi dia sangat terbeban dengan keadaan rumah yang tidak terurus atau bersepah. Suami pula boleh melihat perkara ini seawal perkahwinan lagi. Jika dia sentiasa mengemas sebaiknya suami jangan sepahkan. Jika tidak isteri boleh stres.
Semoga info ini memberi manfaat kepada pasangan suami isteri.
Sumber www.huffingtonpost.com

No comments:

Post a Comment