Tapi satu yang tidak kita ketahui bahawa sebenarnya bahagian tubuh wanita yang paling cepat mengalami penuaan bukanlah wajah tapi payudara,
Ini kerana jaringan tisu pada payudara adalah bahagian paling sensitif dan sangat peka terhadap proses penuaan.
Selain itu, bahagian payudara juga sering mengalami perubahan ukuran kerana mengikuti berat badan menyebabkan ia mudah kendur.
Perubahan ini selalu terjadi ketika seseorang wanita itu mengalami penurunan berat badan, peningkatan berat badan dan hamil.
Keadaan ini mengakibatkan keanjalan kulit dan jaringan dalam payudara mengalami penurunan drastik.
Oleh yang demikian adalah disarankan wanita mengenakan pelembab khusus payudara setiap hari agar dapat melambat proses penuaan pada payudara.
6 Tip Penjagaan Payudara
Selain mengenakan pelembap mulai hari ini sila lakukan penjagaan berikut untuk memastikan aset wanita yang penting ini kekal mantap. Jangan asyik menumpukan pada rawatan wajah hingga tidak seimbang. Wajah tampak muda tapi payudara melendut.
1. Usaha untuk kekalkan berat badan supaya keanjalan payudara tidak terjejas.
2. Gunakan bra yang sesuai, tidak terlalu ketat dan longgar untuk agar dapat memberi sokongan sebaiknya pada payudara.
3. Bersenam, paling berkesan untuk mendapatkan payudara yang sihat dan tegang adalah senaman sit up, push up dan juga berenang.
4. Elak tidur menelangkup, ia akan menjejaskan jaringan payudara.
5. Oles krim pelembap khusus untuk payudara untuk menjaga kulit bahagian ini. Ketika ini di pasaran terdapat juga masker untuk payudara.
6. Lakukan pemeriksaan payudara secara rutin untuk melihat sebarang perubahan terutama benjolan.
Sumber: Goodhouse Keeping
No comments:
Post a Comment