#
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Juara Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana,
31, atau Nana, meminta maaf atas kegagalannya menjawab panggilan telefon
atau membalas mesej ucapan tahniah yang diberikan kepadanya berikutan
kemenangan yang diraihnya malam tadi.....
#
Nana ketika dihubungi Utusan Malaysia menjelaskan, sepanjang minggu
ini, jadual seninya padat dan masih belum sempat untuk berehat setelah
mengharungi minggu yang meletihkan demi menjayakan pentas akhir Gegar
Vaganza.....
#
“Hari ini dan esok saya perlu menghadiri sesi rakaman beberapa program
terbitan Astro. Seharian saya berada di sini untuk menjayakannya. Nak
bercakap pasal letih, memang tak terkata. Tak nak mengeluh, takut nanti
dikata tak bersyukur.....
#
“Sejak malam tadi, telefon saya tidak berhenti berdering. Beribu-ribu
mesej dan panggilan diterima. Hanya boleh menjawab jika berkelapangan.
Jadi, minta maaf sangat-sangat kepada ahli keluarga, peminat, rakan
media atau sesiapa sahaja yang telah menghubungi tetapi tidak dibalas
oleh saya,” katanya hari ini.....
#
Dalam pada itu, Nana berkata, perniagaan butik atas talian di bawah
jenama Paling Comel miliknya telah menerima impak memberangsangkan hari
ini selepas diumumkan selaku juara.....
#
“Sebenarnya, sejak beberapa minggu lalu jualan pakaian Paling Comel
telah meningkat daripada biasa. Itu semua kesan positif yang diterima
apabila menyertai Gegar Vaganza.....
#
“Bukan itu sahaja, tawaran menjayakan persembahan juga banyak diterima
sehingga berlaku pertindihan jadual. Sekarang ini saya cuba memenuhi
undangan nyanyian dan memberi keutamaan terhadap program Astro terlebih
dahulu,” katanya...
#
Dalam pada itu, Nana menjelaskan, dia juga bakal mengeluarkan single
terbaharu dan proses tersebut akan dijalankan dalam tempoh masa
terdekat...
No comments:
Post a Comment