Selepas drama bersiri popular Cinta Si Wedding Planner (CSWP), nama
pelakon baru yang meningkat naik, Mira Filzah semakin menjadi sebutan di
bibir peminat dunia hiburan terutama lakonannya bersama Artis Popular
Malaysia, Adi Putra yang tidak melibatkan sebarang sentuhan untuk
menggambarkan perhubungan pasangan antara suami dan isteri di dalam
drama itu. Kini, Mira Filzah giat berlakon di dalam penggambaran drama
‘Ketupat Palas Mr Handsome’ untuk slot Lestary di Media Prima, TV3.
Sejak kebelakangan ini, terdapat desas desus mengenai seorang peminat
mencipta lagu khas untuk selebriti kegemarannya itu. lagu ini
disebut-sebut di media elektronik/ cetak/ sosial dengan menyatakan
pencipta lagu ini adalah peminat fanatik Mira Filzah.
Malah, terdengar pula haters-haters yang mempertikai lagu ini diciptakan khas buat Mira Filzah.
Berikutan itu, KITA UNITE mencari dan menemubual Ayi Dizon mengenai ini.
Ternyata ia satu lagi kisah inspirasi yang boleh dijadikan tauladan.
Ramai orang telah mengenalinya dengan nama samaran Ayi Dizon di Youtube.
Ayi Dizon itu adalah nama yang diberikan oleh rakanya ketika beliau di
sekolah menengah. Nama sebenarnya adalah Muhammad Fadzril Asyraf bin
Inche Mohamed Sobri yang berusia 23 tahun.
Dia adalah anak kelahiran Ipoh, Perak tetapi dibesarkan dan bermastautin
di Kuala Lumpur. Kini, dia seorang penuntut di Kolej Polytech Mara
Bangi dalam jurusan Bachelor of Arts (Honours) in Accounting and
Finance.
Ayi Dizon, atau lebih mesra dipanggil Ayi menyatakan dia belajar mencipta muzik sendiri sejak berusia 19 tahun melalui smartphone dengan menggunakan aplikasi ‘Garage Band’.
Dari hanya sekadar hobi bermain ‘Garage Band’, Ayi kini bakal muncul
dengan lagu pertamanya ‘Mira Filzah’ sebagai komposer dan penyanyi lagu
tersebut.
Awal ciptaan lagu tersebut, Mira Filzah menjadi sumber #@ inspirasi
kepada Ayi apabila dia memperolehi satu ilham ‘beat’ yang memerlukan
lirik.......
Namun begitu, lirik lagu tersebut tidak diperolehi secara spontan, ia telah digarap oleh Ayi ketika menulisnya di atas kertas.
Lagu ini dibuat pada lingkungan bulan Februari 2015. Semasa menghasilkan
lagu ini, Ayi tidak berniat untuk didengari oleh Mira. Apabila lagu ini
siap selepas alami proses ‘raw’ selama seminggu dan tambah baik selama
sebulan, Ayi telah menghantar fail lagu ini kepada Mira melalui satu
email khas.
Ayi tidak menyangkakan Mira akan membalas emailnya. Mira begitu gembira dan menyukai lagu ini.
“This is so good! I love it! The lyrics, melody, and everything. Dah
macam Sona One I dengar. Haha. Thank you so much. I really love it. Do
you mind if I post this on IG (Instagram)?” Kata Mira Filzah...
Hal ini berlaku sewaktu Mira masih menjadi hos rancangan KLTV dan sedang menjalani pengambaran drama bersiri Eksperimen Cinta.
Berkenaan dengan video muzik pula, ia adalah idea dari Mira Filzah
sendiri. Setelah mereka berjumpa dan berbincang, Ayi dan Mira mencapai
kata sepakat untuk menghasilkan video muzik ini.
Menurut Ayi, akan terdapat beberapa perubahan sedikit dari segi lirik,
beat dan melodi berbanding dengan versi asal. Dan sepatutnya video muzik
yang dihasilkan dengan kerjasama 114studios ini dilancarkan pada
Februari 2016 tetapi kerana penambahbaikan lagu menggunakan studio,
insyaallah ia akan dikeluarkan pada bulan Mac 2016 ini.
Apabila ditanyakan kepada Ayi, adakah dia peminat fanatik Mira Filzah
sepertimana yang telah digambarkan oleh media di tajuk-tajuk artikel,
ini jawapan Ayi Dizon:
Ternyata, Ayi hanya meraikan Mira Filzah melalui bakatnya mencipta lagu.
Lirik lagu yang ditulis oleh Ayi jujur menggambarkan perasaan Ayi
terhadap Mira pada waktu itu. Tambah Ayi lagi, Mira sememangnya lawa dan
pandai berinteraksi dengan orang.
Sebelum sesi temubual berakhir, saya sempat berseloroh dengan Ayi
berkenaan lagu ‘Friendzone’ ciptaannya selepas lagu ‘Mira Filzah’. Saya
bertanya kepada Ayi adakah lagu ‘Friendzone’ dicipta selepas dia
di-friendzone-kan oleh Mira. Ayi ketawa menidakkannya dan menyatakan ia
adalah lagu tentang kisah hidupnya sebelum ini.
No comments:
Post a Comment