Jangan risau ada cara mudah untuk atasi suhu panas di rumah dan bilik anda itu.
Berikut adalah 8 tips mengatasi suhu rumah atau bilik yang panas yang patut anda cuba, di samping menjimatkan kos anda.
1. Letakkan besen berisi air di bilik
Sejukkan suhu dalam bilik tidur
dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa
bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam
bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan
dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan
bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke
dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen
air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan
wap-wap panas di dalam bilik.
2. Pasang jaring kelambu besi dan buka tingkap pada waktu malam
Selalunya pada waktu malam, udara
panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah
dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara
panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap
dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah
lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk.
Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu
mengatasi masalah nyamuk.
3. Pasang papan fiber di siling rumah
Fiber cement board. Siling jenis ini
lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman
kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang
terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini
lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta
bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung
supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu
untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.
4. Guna lampu dari jenis kurang mengeluarkan haba
Anda disarankan untuk menggunakan
‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya
yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan
sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan
tenaga elektrik.
5. Pokok ekor kucing boleh menyejukkan dalaman rumah
Tanaman hiasan dalaman juga boleh
diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda
kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan
ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam
rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp.,
Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.
6. Warna cerah di dinding rumah dapat memantulkan haba
Anda juga boleh mengecat dinding
rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair
dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk
kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah
anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.
7. Awing dapat mengurangkan pemanasan atap rumah
Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau.
8. Jauhkan pendingin hawa dari tv dan komputer
Ini memang tak ramai tahu dan
mungkin biasa terbuat. Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran
televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer
mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa
dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.
Memandangkan Malaysia sekarang dilanda cuaca panas yang teruk, kami
menasihatkan semua rakyat Malaysia terutamanya anda yang membaca artikel
ini untuk menjaga kesihatan dengan baik. Jika anda merasakan artikel
ini membantu dan bermanfaat, anda dibenarkan untuk kongsi-kongsikan
artikel ini dengan kenalan anda. Sebarkan. Tekan butang SHARE di bawah.
No comments:
Post a Comment