Kisah penceraian Elly Mazlein dan pengarah Azmi Hatta baru baru ini
mendapat perhatian ramai selepas pasangan itu mengakui sudah bercerai
ketika si isteri masih dalam tempoh mengandung anak pertama mereka.
Ramai menyuarakan pendapat yang Azmi Hatta sebagai
seorang lelaki yang tidak berhati perut untuk menceraikan Elly Mazlein
dalam keadaan begitu walau apa jua alasan yang diberikan.
Bercakap kepada mStar Online hari ini, Azmi Hatta
mendedahkan yang keputusan untuk berpisah dengan Elly Mazlein bukan
sesuatu yang mudah dan terkilan dengan tuduhan orang ramai.
“Saya terkilan ramai pihak menunding jari kepada saya sebagai orang
yang dipersalahkan dalam perpisahan ini. Hanya Allah mengetahui tentang
ini dan saya yakin berada di pihak yang benar”
“Kami berpisah selepas mendapat khidmat nasihat beberapa pihak dan
talak dijatuhkan di hadapan hakim ketika usia kandungan Elly berusia 5
bulan, secara warasnya memang saya tidak mahu berpisah”
“Saya bukan lelaki yang kejam untuk ceraikan dia pada waktu dia
sedang hamil. Namun jodoh itu kuasa Allah,” ujarnya panjang lebar
menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku antara mereka.
Azmi Hatta turut menafikan kenyataan Elly Mazlein sendiri baru baru
ini yang mengaitkan seorang pelakon wanita bernama Faye Kusairi sebagai
punca penceraian mereka berdua. (rtky/m)
No comments:
Post a Comment