Wednesday, 30 March 2016

Wanita Kudung Tangan Dan Kaki Ini Jadi Model Di New York Fashion Week

 Wanita Kudung Tangan Dan Kaki Ini Jadi Model New York Fashion Week
Seorang wanita yang kehilangan kedua-dua belah tangan dan kedua-dua kakinya akibat penyakit Menigitis berjaya memukau orang ramai di sebuah pertunjukan fesyen, minggu lalu.

Karen Crespo, 32 muncul di pentas fesyen New York Fashion Week sambil dilengkapi dengan dua tangan dan dua kaki palsu. Selain anggota badan, hidung dan bibir Karen juga terpaksa dibuang akibat Meningitis.

Bermula dengan demam panas, bekas jururawat tersebut mula dijangkiti bakteria dan akhirnya disahkan menghidap Meningitis sebelum diletakkan dalam keadaan koma selama 15 hari.

Dalam tempoh tersebut, warna anggota badannya berubah menjadi kehitam-hitaman dan doktor terpaksa memotong kedua-dua belah tangan dan kedua-dua kakinya.

Tidak berputus asa, Karen yang semakin sembuh selepas pembedahan mula mendapatkan anggota badan palsu dengan kos keseluruhan AS$180,000 (RM722,259).

"Saya jadi seperti patung perhiasan yang selalu didapati di kedai-kedai pakaian," kata Karen tertawa.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/29/Pay-Quadruple-Amputee.jpg
Katanya, walaupun pada mulanya beliau bersedih, tapi beliau mula menerima perubahan dalam dirinya tersebut secara perlahan-lahan.

"Saya beruntung kerana insurans perubatan saya telah membayar segala kos untuk mendapatkan anggota badan palsu," jelas Karen lagi.

Walaupun terpaksa belajar kembali melakukan perkara rutin seperti makan dan berjalan, beliau tetap bersyukur kerana tidak ramai pesakit Meningitis yang berjaya hidup sepertinya.

Sumber: http://www.mirror.co.uk/ www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment