Bagaimanapun perkongsian Puan Ain Solati mungkin boleh memberi kelegaan kepada anda. Dia yang mengerjakan umrah bersama suami turut membawa anak berusia 3 tahun, 3 bulan Amjad Hawari.
Puan Ain berkongsi tip sebagai persediaan berdasarkan pengalamannya di sana sebagai panduan untuk ibu bapa lain menempuh perjalanan umrah dengan selesa. Berikut adalah 15 tip yang dititipkan dalam Facebook beliau yang turut mendapat banyak perkongsian.
Trip pertengahan Mac 2016
KL- RIYADH - MADINAH - MAKKAH
Amjad Hawari, 3 tahun 3 bulan
Diapers free.
Semoga sedikit tips ini bermanfaat untuk kawan-kawan yang berhajat membawa anak kecil menunaikan umrah. Ini perkongsian yang biasa-biasa saja dari seorang yang sedikit saja pengalaman menjejakkan kaki di sana. Moga ada kebaikan.
1. Doa dan persiapan.
Doa sebelum pergi sana lagi. Solat hajat. Moga Allah lindung dan tolong kita sepanjang di sana. Doa details. Moga sihat. Moga kuat. Moga larat. Moga tahan cuaca apa saja. Moga makan apa saja yang ada. Dan lain-lain lagi.
Since Amjad dah betul-betul diapers free sejak 2 tahun 10 bulan, doa juga moga dia dapat tahan nak buang air besar kalau waktu toilet jauh atau perjalanan dalam bas. Moga dia tak terkencing dalam masjid. Ha..doa macam tu. Selebihnya,buat persiapan.
2. Mentally prepared
Seminggu sebelum berangkat kami banyakkan bercakap dengan Amjad tentang Madinah dan Mekah. Tentang masjid. Tentang Kaabah. Tentang tawaf. Tentang makam nabi. Kisah-kisah nabi.
Tunjukkan video dan gambar-gambar di sana, especially gambar budak-budak yang dah pernah pergi sana. Cakap nanti Amjad macam ni juga, pakai ihram macam ni, duduk masjid macam ni. Terpulang kepada kreativti masing-masing. Bila sampai sana nanti dia akan teruja dan akan ulang-ulang apa yang kita sebut sejak di Malaysia lagi.
3. Penerbangan yang lama
Mentally prepared juga untuk penerbangan yang panjang masanya. Alhamdulillah hasil didikan travel sebelum ini, part naik aeroplane lama-lama ni Amjad tiada masalah.
Sampai kami kena sorok dulu part ni..sehari sebelum baru kami inform dia. Kalau tak asyik tanya je "bila nak naik aeroplane. Aeroplane dah datang ke…" Allah.. pandai pulak sendiri jawab “aeroplane mahal…tak boleh naik selalu”.
Bila dia dah naik, ibu boleh start rest sebab dia layan diri. But still,ibu sediakan juga satu busy bag dia.
4. Busy Bag
Dalamnya ada:
Lego
Cars
Block
Puzzle
Drawing board yang boleh padam-padam tu.
Kebanyakannya beli di Mr DIY dan mainan yang sedia ada. Bawa masa naik aeroplane dan masa pergi masjid. Bagi main sejenis dulu, bila bosan, keluarkan lagi yang lain.
5. Ubat
Kami bawa First Aid Kit. Pergi travel sebelum ni memang bawa yang ni je. Semua ada dalam. Ubat demam, strepsils ,ubat cirit birit, ubat sumbat bontot kalau suhu tinggi, handy plast dan lain-lain. Semua sumbat. Senang cari. Setiap kali nak travel,check ubat-ubat ni. Update.
6. Stroller
Stroller ni kami beli masa nak pergi India. Stroller yang sedia ada selesa tapi agak besar, berat, makan space bila lipat. So beli satu stroller ni. Alhamdulillah,senang.
Walaupun tak selesa macam stroller sedia ada tapi asal Amjad boleh duduk dan tidur dalam tu, kira ok dah. Ibu abahpun senang nak carry. Stroller tak boleh bawa masuk dalam masjid. Jadi soroklah mana-mana area luar masjid, boleh.
Di Masjid Nabawi kami tak sorok. Kami buat giliran masuk masjid. Bila time jaga anak, solat bawah payung je dengan Amjad di sebelah duduk dalam stroller. Suami dah pernah datang sini 10 tahun lepas, jadi banyak dia dahulukan aku untuk solat dalam masjid. Bonus untuk aku.
Di Makkah - kami suka solat dalam masjid. Stroller kami tinggal dekat luar saja. Nampak ada orang park stroller, kami pun park tempat sama. Tapi ada sekali tu stroller hilang!
Dalam hati 'siapalah yang ambil ni' Walaupun stroller murah je tapi sangatlah berguna buat kami. Nak ke masjid memang wajib bawa. Amjad dah menangis tanya stroller dia mana.
Terus doa kalau ada rezeki stroller tu jumpa kembali walaupun jauh sudut hati rasa macam mustahil je dengan lautan manusia di situ..
Esoknya masa pergi solat Maghrib, kami keluar lewat,terpaksa solat di luar. Celah-celah kabin sekali tengok-tengok ada stroller Amjad kat situ. Mashaallah, tak tahu nak kata apa. Syukur & happy.
So maybe another tips kalau stroller hilang, boleh try cari dekat belakang toilet ladies yang berdepan dengan bangunan Menara jam tu. Banyak stroller lain depa lambak dekat situ.
7. Baby carrier
Kami guna masa tawaf sahaja. Wajib bawa tau sebab selesa tawaf sambil carry je anak kita. Kalau berhimpitpun dia masih inshaallah selamat dengan kita.
Boleh juga nak pinjam wheelchair masjid tapi husband malas nak tolak dan makan space juga bila tawaf, baik carry aje. Satu lagi takut terlanggar kaki orang depan. Kecuali kalau nak tawaf tingkat 2/3, lengang sikit.
Since ramai yang bertanya bab boleh ke pakai baby carrier ni masa tawaf umrah. Ya, boleh. Sebab ustaz kata baby carrier tidak termasuk dalam pakaian.
Buat pengetahuan juga, masa sampai sahaja Makkah, aku tak terus ikut jemaah untuk tawaf. Suami buat dulu. Sebab sampai dah tengah malam, Amjadpun dah tidur. Akupun rehat sekalilah...himpun daya untuk esok.
Esoknya, suami bawa aku dan Amjad tunjukkan cara-cara nak tawaf, saie dan bertahallul. Kira mutawif importlah ni. Jadi sebab tu dalam pic ni suami tak pakai ihram dah. Sebab ni hanya tawaf sunat baginya. Kalau pakai ihram, pakai baby carrier lagi, mencabar juga aku rasa.
Jadi tipnya toksah kalut-kalut bila sampai Mekah tu. InshaAllah ada masa untuk sempurnakan rukun umrah. Cuma kena jaga sikitlah pantang larang dalam umrah. InshaAllah we can do it)
8. Makanan
Bab makan ni aku tak ada prepare sangat dari Malaysia. Since memang travel sebelum-sebelum nipun dah latih Amjad makan apa saja yang ada di destinasi yang dituju tu.
Nak ke umrah ni aku bawa susu kambing wildan dia + 1 bekas air. Itu saja. Tapi kalau nak well prepared, bolehlah standby roti, biskut dan kudap-kudap dari sini.
Madinah - kami menginap di Hotel Karam. Kedai runcit sebelah je. Sampai hotel amjad awal-awal pergi kedai tu dulu.
Mekah - kami menginap di Hilton Towers & Hotel. Bawah tu sepanjang jalan nak ke Masjid Haram memang kedaiiii aje. Jadi Alhamdulillah,tiada masalah.
Sebelum masuk masjid,bawa bekal makan siap-siap. Tapi jangan nampak sangat makanan banyak-banyak tu. Tutup sikit dengan baju ke apa. Kami beli kebab, ayam goreng, nugget ayam, potato je untuk Amjad dan kami sekali kalau duduk masjid lama. Malas nak keluar bila dah masuk masjid. Sayang masa.
Susu plak bancuh sikit je dengan air panas. Sampai masjid top up dengan air zam zam. Kudap-kudap boleh beli kurma, buah tin, kekacang dan macam-macam dekat kedai sepanjang nak ke masjid.
9. Pakaian
Pakaian Amjad aku bawa extra. Sebab tak nak fikir bab baju tak cukup dan kena basuh baju. Lagipun baju dia banyakpun tak makan space.
Bawa:
Baju sejuk - 2 helai. In case terkotor,ada ganti.
Baju tidur lengan panjang - untuk sejuk aircond. Hotel sejuk. Masjid lagi sejuk.
Baju siang - hari-hari pakai jubah je. Kalau takde jangan risau. Beli dekat Madinah nanti. Murah sangat. RM10 je sehelai. Cantik.
T shirt - untuk ziarah sebab cuaca panas. But still bawa baju sejuk ke mana-mana sebab dalam bas sangatlah kuat aircond dia.
Stoking
Pampers - mulanya aku tak nak bawa tapi aku bawa juga standby untuk kecemasan.
Masjid Nabawi - ok lagi, senang nak pergi toilet luar masjid dekat je. Tapi di Masjid Haram...fuhhhh...baik balik hotel terus daripada cari toilet haha. Jadi standby lah pampers. Kalau dia nak membuang, pakaikan. Tapi kena cakaplah sebab musababnya supaya dia faham.
Sebenarnya jarak hotel masa di Makkah taklah jauhpun, 200 mter sahaja. Tapi disebabkan construction yang masih berjalan, ada kala pintu yang kita masuk tu ditutup, jadi kena cari laluan lain pula. Tu yang jadi rasa jauh pulak bila nak balik.
Alhamdulillah selama di sana Amjad bila nak pergi masjid dia buang air kecil dan besar siap-siap. Dia tak request nak membuangpun walau duduk masjid lama-lama. Alhamdulillah.
Ada sekali tu dia belum buang air besar lagi. Ibu cakap pada dia, kalau nak berak cakap ye nanti nak pergi masjid. 2 minit lepas tu, memang dia nak berak dan banyak pulak tu haha. Sorry kalau disgusting. Tapi aku rasa Allah kabulkan doa aku time tu jugak.
Pampers tu sangat berguna masa kami pergi ziarah, Amjad kena cirit birit. Allah....haru juga masa ni, tengah nak romantika dengan abahnya di Jabal Rahmah, sekali pokteh beritahu Amjad terberak. Cobaan...
Terus pakaikan pampers lepas tu. Alhamdulillah 2 kali je dia cirit petang tu. Bagi minum air zam zam.. biiznillah, baik dah. Itulah minum oren jus banyak sangat malam tu....kesian dia.
10. Beg Doraemon
Beg Doraemon ni bag serbaguna dan serba ada. Dalamnya aku dapat sumbat:
Pampers.
Training pants.
Krim pelembap
Lip balm
Instac camera
Spray wuduk
Susu amjad
Bekal makanan
Quran.
Mainan.
Pengenalan diri.
Pakaian Amjad in case of anything.
Dan lain lain lagi.
Ibu bawa beg ini kemana-mana…never miss
11. Rancang jadual ibadah
Bila ada anak kita tak bolehlah expect perjalanan ibadah kita macam orang yang pergi sendiri tanpa anak. Macam aku dengan suami, plan. Malam sebelum tidur plan esok macam mana.
Nak keluar awal ke masjid sama-sama / suami pergi dulu then isteri pula. Zohor biasa panas sangat jadi suami je pergi. Isteri dan anak rest dulu. Asar baru keluar sama-sama. Stay sampai Isyak. Part ni aku tak detailkanlah. Terpulang kepada keadaan family masing2.
Cuma banyakkan doa agar Allah bagi kita spend masa di masjid lama-lama dan dapat beribadah semaksimum mungkin. Mudah nak pergi masjid.
Ada sekali tu aku nak sangat solat asar di masjid. Amjad tidur. Suami pula agak keletihan hari tersebut. Kami bilik berlainan. Tak lama lepas tu mak aku balik shopping dan tolong jagakan Amjad. Dapatlah aku ke masjid. Alhamdulillah, again time tu juga Allah kabulkan doa aku... :')
12. Ihram
Amjad tak buat umrah. Ihram dia tu sekadar untuk photoshoot haha duniawi sungguh. Tapi kami punya excited, kami beli set ihram kanak-kanak. RM50. Oh sangat besar. Tapi takpe...boleh simpan.
Jadi kalau mommies nak pakaikan ihram juga nanti, beli je tuala putih, kerat dua. Letak pin. Ada juga aku tengok yang kain tu dorang jahitkan getah. Senang sarung je nanti tak londeh2 dah.
13. Gadget
Bab gadget kami prepare juga. Last minute kami tak jumpa tab abah, kami letak siap-siap video upin ipin dalam phone abah. Masa duduk masjid lama-lama dan tak ada geng, Amjad bosan, baru kami bagi.
Dapatlah kita fokus ibadah sambil dia duk fokus upin ipin but most of the time banyak dia bermain dan bila jumpa kawan-kawan baru bersosial sekejap-sekejap..
14. Create activity
Masa menunggu waktu solat buatlah apa-apa aktiviti juga pada anak kita. Contohnya tukang ambil air am-zam, dah penat dia berlari ke hulu ke hilir, waktu solat ada masa dia terlena.
Ada masa dia menangis, part ni aku confuse sangat kenapa amjad menangis setiap kali ibu nak solat. Abah solat dia tak nangispun. Jadi most of the time bila solat Amjad stay dengan abah. ibu menyorok ke saff belakang.
Ada juga masa tak sempat menyorok, start je nak menangis, ada je jemaah lain bagi makanan dekat Amjad. Terus senyap. Banyak kali juga.Alhamdulillah, thank you Allah.
15. Barakah anak
Setelah segala tip dikongsikan...finally back to basis. Niat. Pengharapan. Positive thinking and words. InshaAllah. selalu ingat bawa anak ke umrah bukan beban, bukan susah, bukan masalah, tapi kita yang menumpang barakah anak. Bersamanya di sana Allah banyak tolong ibu dan abahnya. Diakan Ahli Syurga.
Seronok baca perkongsian ini walau pun panjang lebar, moga yang akan berangkat mengerjakan umrah bersama anak kecil dapat panduan berguna melalui perkongsian ini.
Sumber : Facebook Ain Soalati /https://www.facebook.com/ain.soalhati
No comments:
Post a Comment