Siapa sangka rumah tangga yang dibina dan kelihatan bahagia dengan
kehadiran dua orang cahaya mata mempunyai masalah sehingga ianya tidak
boleh diselamatkan lagi. Pelbagai spekulasi yang timbul.
Fasha Sandha akhirnya mengakui bahawa restu kedua-dua belah keluarga penting untuk perkahwinan yang bahagia.
Selepas kes cerai mereka selesai, ramai juga memberikan komen terhadap
reaksi Rizal yang mengeluarkan air mata saat sah becerai. Jelas Fasha,
itu adalah kali pertama beliau melihat air mata Rizal jatuh sepanjang 10
tahun mengenali jejaka berkenaan.
Siapa yang tidak sedih apabila mahligai yang di bina hancur berkecai .
Betul kata orang tua-tua, restu itu penting dalam sesebuah perkahwinan
dan Fasha Sandha turut mengakuinya. Tidak apa lah, apa yang penting
sekarang adalah anak-anak, jangan pernah buat mereka terasa diabaikan
dan masih merasai kasih sayang seorang bapa.
No comments:
Post a Comment