Wednesday 23 March 2016

Punca Rambut Beruban Pada Usia Muda



Masalah rambut beruban pada usia muda bukan sahaja menyebabkan anda kurang keyakinan diri dan berasa malu berada di khalayak ramai. Oleh itu, ketahuilah faktor-faktor yang menyebabkan rambut  anda beruban. Antaranya ialah;

1) Faktor Usia

(*)Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun.


2) Genetik

(*)Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w.

(*)Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut dan ini menyebabkan rambut seterusnya akan tumbuh tanpa pigment melanin.


3) Kekurangan vitamin B 12

(*)Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh.


4) Faktor-faktor lain

(*)Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban.

(*)Sebagaimana anda mengetahui faktor-faktor rambut beruban di atas, jom kenali langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah uban ini pula.


Hanya tiga langkah yang perlu anda amalkan dan berkemungkinan ia melambatkan proses penumbuhan uban anda.


1) Pengambilan nutrisi di dalam permakanan

(*)Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara efisien. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga perlu untuk memelihara dan memastikan tubuh kita sihat.


2) Mengamalkan sukan secara berkala

(*)Bersukan secara berkala atau berjadual boleh melambatkan uban tumbuh. Ini kerana apabila anda berpeluh ia menunjukkan tubuh dan sel-sel di bawah kulit atau lemak anda tidak tersumbat.


3) Jauhi tekanan hidup seperti stres

(*)Anda perlu sentiasa ceria dan jauhi stres kerana ia menyebabkan perasaan dan aliran emosi terganggu. Situasi ini menyebabkan hidup anda menjadi tidak teratur dan boleh membantutkan sistem normal badan anda.

No comments:

Post a Comment