Saya anak sulung dari ramai beradik, kematian abah tercinta 4 tahun yang
lalu. Saya cuma nak cerita kisah saya yang sangat dibenci oleh emak
saya sendiri.
Dari umur 3, 4 tahun adalah normal saya dimaki "babi, sial, anak tak
guna, anak menyusahkan" dan sepak terajang itu juga adalah biasa. Pernah
sekali mak saya baling kuali atas kepala saya sampai berdarah-darah.
Bila abah balik, mak kata saya nakal sangat sampai terjatuh.
Saya membesar dengan hak saya sebagai anak tidak diberi. Harijadi saya,
mak tak pernah ambil peduli tetapi akan sambut harijadi sepupu saya
dengan kek besar dan bermacam-macam hidangan.
Hari raya? Bertahun-tahun kami memakai pakaian yang terpakai dari
saudara mara. Tetapi mak saya pakai pakaian baru berpuluh-puluh helai.
Abah saya adalah abah yang terbaik dunia akhirat. Tetapi dia terlalu
sibuk bekerja sebab anak ramai dan mak saya akan belasah saya bila abah
bekerja.
Dari kecil saya disuruh mengayuh basikal jual aiskrim tanpa sebarang
upah. Pernah sekali saya makan sebatang aiskrim yang sudah cair. Sampai
di rumah, mak tampar saya sampai pecah bibir.
Ada sekali ketika saya berusia 5 tahun mengadu pada abah, mak cilikan
kemaluan saya dengan cili padi. Sejak dari itu, saya pendamkan saja rasa
di hati ini sehinggalah ke tua.
Saya membesar dengan memberontak dan becikan pada mak saya sendiri. Bila
saya sudah remaja, mak membabikan saya pula sehinggalah saya terpaksa
menjawabnya.
"Kalau aku babi, kaulah mak babi!"
Tidak lama selepas itu, saya berkahwin dan dikurniakan anak. Sejak dari
itu saya berusaha untuk berbaik-baik dengan mak. Saya kerap balik tengok
abah, namun..
"Kau tak payah selalu balik tengok bapak kau. Nanti laki kau ada betina lain padan muka kau!" katanya.
Ya, akhirnya bekas suami saya bukan setakat menduakan saya, malah mensepuluhkan saya. Saya bercerai tanpa sebutir air mata pun.
Kemudian, saat yang paling merubah hidup saya apabila abah pergi buat
selama-lamanya. Hilanglah tempat saya mengadu, bergantung kasih. Masa
abah tengah nazak, abah memanggil-manggil mak. Tetapi mak selalu lafaz,
"Menyusahkan akulah orang tua ini. Mampos pun bagus!"
Saya mengalami kemurungan yang sangat teruk dan Allah temukan saya
dengan seorang lelaki yang saya tak cinta. Kami bernikah dan saya tak
sangka kami sangat bahagia walaupun suami saya tidak berharta.
Mak saya? Memburukkan suami saya sana sin isampai saya terpaksa mengambil keputusan untuk berpindah jauh.
"Mak tahu tak, menantu yang mak burukkan inilah yang sentiasa mendoakan
mak dalam solat-solatnya. Yang sentiasa teringat, "Mak awak makan apa
hari ini? Abang rindu mak","
Sekarang, saya mengandung, saya sangat rindukan abah. Saya kerap balik
rumah mak dan tidur di atas tempat kegemaran abah dan berharap dapat
mimpikan abah. Tetapi mak cakap saya nak kikis duit dia atau mahukan
sesuatu dari dia. Sejak dari itu saya tidak lagi balik ke rumah mak atas
niat tidak mahu mak semakin membenci saya.
Pengajaran dari kisah saya. Saya menjadi ibu yang terbaik untuk anak
saya. Saya berhati-hati dnegan kata-kata dan doa terhadap anak saya.
Saya pastikan anak saya membesar dengan kasih sayang yang melimpah
ruah.
Saya akan pastikan hak-hak anak saya sebagai anak ditunaikan walaupun
saya membesar dengan tiada satu pun kenangan dipeluk dan dicium mak,
saya sangat sayang mak saya. Saya bersyukur dapat mertua yang sangat
sayang saya.
Allah adil, Allah uji saya bermacam-macam tetapi Allah hadirkan suami
dan mertua yang sangat baik dan Allah permudahkan urusan bersalin saya.
Hargailah anak-anak korang, jangan jadi macam mak saya walaupun anak
ramai (ada yang disayangi) tetapi yang dibenci yang kerap balik tengok
dia walaupun kami tak dilayan. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah. -
KRT | PIXEL MEDIA
No comments:
Post a Comment