Saturday, 14 May 2016

7 Lokasi Menarik Untuk Buat Family Day, Jom Kita Cuti Ramai-ramai!

 7 Homestay Menarik Untuk Buat Family Day, Jom Cuti Ramai-ramai!
Aktiviti family day atau percutian satu keluarga memang menyeronokkan. Menjelang cuti sekolah hujung bulan ini mesti yang rancang mengadakan aktiviti ini.

Lokasi pilihan untuk family day ini seharusnya selesa dan cukup kemudahan maklumlah yang datang ramai dan mesti ada anak kecil dan juga orang tua.

Bagi anda yang berhasrat mengadakan aktiviti ini berikut adalah antara lokasi yang sesuai. Semua ini bukan hotel tapi resort serta homestay yang menarik dan yang penting bajet.

1.Umang-umang Resort, Kuala Linggi
Resort mengadap pantai yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk keluarga besar bercuti. Mempunyai beberapa jenis bilik dan ada kemudahan  padang permainan kanak-kanak, camp site, mini zoo, padang pemainan volleyball dan macam-macam lagi.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/13/umang%201.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/13/umang-umang2.jpg
Lokasi: Umang-Umang Chalet ( Hermit Crab Chalet ) Lot 602, Batu 31, Bukit Darat, Pantai Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka.
Website Rasmi: Umang-umang Chalet Blogspot

2. Kampungstay Desa Murni, Pahang

Terletak 15 minit daripada tol Temerloh, Kampungstay Desa Murni pula mengetengahkan konsep ‘kampung’ di homestay mereka. Selain itu, perkhidmatan spa, swimming pool dan juga permainan tradisional disediakan untuk pengunjung.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/13/desa%20murni1.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/13/desamurni2.jpg
Lokasi: Kampong Stay Desa Murni, Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh, Pahang Darul Makmur.
Website rasmi : www.kampungstaydesamurni.com

3. Sunnah Koruss Resort, Janda Baik

Ini untuk famili yang memang suka akan nature dan suasana hijau. Tiada laut tapi anda boleh merasai kesejukan dan kejernihan air sungai di Sunnah Koruss, Janda Baik.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/13/sunnah%20kuross1.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/13/sunah%20kuros2.jpg
Lokasi : Janda Baik, Pahang
Website rasmi : www.facebook.com/suunahkorussresort

4. Agrofarmstay

Anda memang boleh buat family day besar-besaran di sini. Resort ini menyediakan pelbagai jenis tempat penginapan seperti River View 10 bedded, D’ Lodge 6 bedded, Garden View 8 bedded. Paling besar Villa 14 bedded.

Selain itu, Agrofarmstay ini juga menyediakan kemudahan lain seperti swimming pool, BBQ pit, Karaoke room, pet house, dan taman herba.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/13/agrostayfarm1.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/13/agrostayfarm2.jpg
Lokasi : AGROFARMSTAY @Skill-Tech, Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong / Machap, 76100 Durian Tunggal, Melaka.
Website rasmi: Agrofarmstay.my

5. Desa Damai Chalet
Satu lagi lokasi family day terbaik adalah Eco Green atau Desa Damai Chalet, di Pengkalan Balak, Melaka. Ia dekat dengan pantai, anak-anak pasti suka.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/13/desadamai1.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/13/desa%20damai2.jpg
Lokasi: ECO-GREEN @ Desa Damai Chalet, Lot 1681, Batu 22 1/2, Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Malaysia
Sumber : Facebook Desa Damai Chalet

6. RumahKebun
Siapa yang suka suasana alam, ini tempat paling best. Di sini anak boleh layan kolam renang dan anda pula boleh mandi air terjun sepuas-puasnya.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/13/rumah%20kebun1.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/13/rumahkebun3.jpg
Lokasi: RumahKebun, Kg Sungai Semungkis Batu 14 1/2 Hulu Langat.
Facebook: RumahKebun

7. Tandom Hill Resort
Lokasi ini memang popular kebelakangan ini. Tempat ini di kelilingi bukit batu kapur, tasik dan pokok-pokok. Sama ada beriadah di sini kemudian pulang, anda boleh juga menginap di penginapan sama ada dorm atau kawasan camping.

Anda yang teringin untuk buat terjun tiruk seperti di sungai waktu zaman kanak-kanak dulu bolehlah mencuba di Tandom Groove yang selain itu turut menawarkan aktiviti kerusi santai terapung, tali tarzan dan sebagainya.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/13/tadoom%20hill1.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/13/tadom%20hill2.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/13/tadom5.jpg
Lokasi, Tadom Hill Resort,  Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor
Facebook: Tadom Hill Resort
Selamat bercuti, semoga family day yang dianjurkan dapat mengeratkan lagi hubungan dengan ahli keluarga.

Sumber: www.ohbulan.com

No comments:

Post a Comment