Tuesday 26 January 2016

Allah Bayar Cash! Budak 13 tahun ini diikat dan dipukul sampai mati, inilah yang terjadi kepada pembunuh itu saat lari ke Jeddah


Polis Bangladesh sudah menahan lima orang dengan seorang daripadanya sudah mengaku terbabit dalam kejadian sekumpulan lelaki membelasah seorang budak berusia 13 tahun hingga menyebabkan kematiannya serta merakam perbuatan kejam mereka di Sylhet, utara negara itu.

Lelaki yang mengaku itu melarikan diri ke Arab Saudi dan ditahan di sana.

Ketua Polis Sylhet, Akhter Hossain, berkata pihaknya sudah menahan tiga orang, termasuk isteri seorang suspek serta dua lelaki yang berada di tempat kejadian dan sedang memburu dua lagi yang terbabit secara langsung membelasah budak malang itu.

“Ia amat kejam dan pembunuhan tragis. Kami tidak akan membiarkan sesiapa yang terbabit bebas,” katanya.

Antara yang ditahan ialah ketua kumpulan, Muhit Alam yang direman lima hari mulai semalam. Dia ditahan ketika mahu membuang mayat mangsa di satu kawasan terpencil.

Menurut Kementerian Luar Bangladesh, rakannya, Kamrul Islam, ditahan di Arabi Saudi selepas lelaki itu melarikan diri ke Jeddah tetapi dia berjaya dikesan selepas masyarakat Bangladesh di sana mengenalinya.

Dalam VIDEO sepanjang 28 minit itu, budak malang berusia 13 tahun itu merayu meminta air ketika dia terbaring tidak bermaya. Video berkenaan yang menjadi viral di internet, mencetuskan bantahan besar-besaran.


Menurut polis, bedah siasat mendapati ada 64 kesan luka termasuk di kepala mangsa yang diberi nama Samiul Alam Rajon serta seluruh tubuhnya dan dia mati akibat pendarahan dalaman.

Dalam rakaman VIDEO yang disiarkan televisyen, Kamrul ketika di bawa masuk ke dalam kereta polis berkata dia ‘melakukan kesilapan, tolong maafkan saya’ sebelum menangis.

Orang ramai berkumpul di Sylhet sejak semalam, mengadakan bantahan dan tunjuk perasaan. Perhimpunan yang sama juga diadakan di bandar utama Bangladesh lain, termasuk ibu negara Dhaka.

Rajon berkerja menjual sayur selepas berhenti sekolah bagi membantu keluarganya yang miskin dan menurut polis, kumpulan itu mengikatnya pada tiang selepas menuduhnya mencuri - dakwaan yang dinafikan keluarga budak itu.

Dalam VIDEO itu, budak berkenaan yang ketakutan menjerit kesakitan dan berkata berulang kali:’ Tolong jangan pukul macam ini, saya mati nanti.”

Penyerangnya pula kedengaran cuba memaksanya mengaku terbabit dalam kecurian.
Pada satu ketika dia disuruh pergi tetapi ketika dia cuba bangun, seorang penyerang berkata:

“Tulangnya masih elok, pukul dia lagi.”

Mereka juga kedengaran berbincang untuk menyiarkan VIDEO itu di Facebook supaya ‘semua orang boleh menyaksikan apa yang berlaku kepada pencuri’.

Sumber

No comments:

Post a Comment