Monday 25 January 2016

TIPS UNTUK DAPAT TUBUH LANGSING SEMASA TIDUR



[@]Tak Cukup Tidur Punca Lapar?

Ia adalah normal sekiranya kamu bangkit daripada tidur dan berasa lapar. Tetapi kondisi lapar tersebut akan membuatkan kamu tidak dapat mengawal nafsu makan sekiranya kamu tidak cukup tidur. Hasilnya kamu akan bangun dan terus mengisi perut sepuas-puasnya. Berbeza sekiranya kamu sudah cukup tidur kerana perut akan merasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama serta keinginan untuk makan tetap ada tetapi keinginan tersebut tidak melampau seperti saat kamu kurang tidur.

[@]Tidur vs Nafsu Makan

Tidur yang cukup mampu mengimbangi dan melaraskan fikiran kamu dalam menentukan makanan yang lebih sihat dan berkhasiat. Kamu tidak akan mengambil makanan mengikut sesuka hati dan nafsu kamu semata-mata sebaliknya kamu lebih sedar dan berdisiplin dalam memilih makanan tersebut.

[@]Mood Lebih Baik?
Tahukah kamu tidur yang cukup juga mampu mempengaruhi mood kamu. Sekiranya kamu kurang rehat mahupun kurang tidur, kamu akan merasa malas dan lemah untuk menjalani aktiviti seharian. Tetapi ketika kamu sudah cukup tidur, segala cas dan tenaga telah terisi dengan penuh menjadikan kamu mood kamu lebih baik, ceria, lebih aktif dan bersemangat. Sekiranya tidak mempunyai mood, terdapat segelintir yang gemar memilih jalan mudah iaitu dengan makan. Bahananya, berat kamu pasti bertambah.

[@]Proses Pencernaan

Kesukaran membuang air besar bukan sahaja disebabkan kekurangan serat malah tubuh yang stres juga mampu mempengaruhi masalah ini. Salah satu faktor terjadinya stres ialah apabila kamu kurang tidur dan istirahat. Jadi, pastikan kamu menitik beratkan soal tidur supaya masalah pencernaan dapat diatasi.

[@]Tidur Untuk Recharge

Keinginan berolahraga, bersenam dan berdiet bukan disebabkan bosan dan malas tetapi tubuh berteriak keletihan dan kepenatan. Salah satu faktor terjadinya perkara sebegini adalah kurang rehat dan tidak cukup tidur. Hasilnya, lemak dan kalori di dalam tubuh tidak dapat dibakar dan bagaimana berat badan akan turun sekiranya kamu terus membiarkan lemak tersebut bermaharajalela di dalam tubuh kamu!

Jadi tunggu apa lagi, padamkan lampu, jauhkan gajet dengan kamu seketika, tarik nafas setenangnya, lupakan segala masalah dan lelaplah mata kamu untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti

No comments:

Post a Comment