Sebab perpisahan hendaknya bukan seperti 22 punca penceraian remeh yang dipaparkan dalam akhbar baru-baru ini.
VK tak mahu ulas panjang tentang kisah penceraian tiga artis itu meski ramai yang memberi pelbagai komen termasuk mengimbas cerita lama. Itu sudah ketentuan Yang Esa, kini ketiga-tiga artis ini harus move on. Begitu juga wanita lain yang mengalami nasib yang sama.
Bukan kaunselor dan tak pernah melalui episod duka ini, tapi VK ingin share tip untuk bangkit dari perceraian yang dikutip dari pembacaan. Semoga ada yang mendapat manfaat.
1. Tenangkan diri dan muhasabah
Selepas perpisahan yang berlaku, ramai yang akan memberi semangat dan dorongan. Namun anda juga perlu beri ruang untuk diri bertenang dan menilai kembali apa yang berlaku. Juga mencari semangat untuk berdepan untuk persekitaran dengan status berbeza.
2. Terima hakikat anda perlu sokongan saat ini
Tanpa suami, anda memang perlukan sokongan ahli keluarga dan juga rakan terdekat. Jangan nafikan perkara ini. Anda juga perlu seseorang untuk berbicara, meluah perasaan. Jangan simpan sendirian.
3. Mula belajar berdikari
Anda mungkin menerima nafkah dari bekas suami tapi anda harus mula berdikari terutama jika tidak bekerja. Keluarga mungkin akan membantu tapi takkanlah selamanya harus mengharap bantuan mereka.
4. Hadapi perubahan hidup dengan positif
Kehidupan tanpa suami tentu berbeza, mungkin sukar tapi anda perlu menerimanya dengan positif. Sikap ini membantu memudahkan urusan. Kalau anda fikir susah, semuanya akan jadi sukar.
5. Fikirkan anak-anak
Kesan perpisahan bukan pada anda saja tapi anak-anak juga. Bagi anak yang telah dewasa anda perlu berterus terang dengan mereka tentang apa yang terjadi. Juga penting untuk tidak menghalang hubungan ayah dan anak walau pun hati anda disakiti.
Akhir sekali wanita yang melalui fasa penceraian juga perlu mengetahui hak-hak yang harus diterima. Jangan abaikan hak sendiri. VK doakan moga Fasha dan juga wanita berstatus ibu tunggal ketika ini tabah menjalani kehidupan.
Foto: Rotikaya
No comments:
Post a Comment