Thursday 21 January 2016

Kena Tahu, 4 Perkara Yang Suami Selalu Rahsiakan Dari Isteri

 4 Perkara Suami Rahsiakan Dari Isteri
Sudah lama berumah tangga ramai merasakan suami bersikap terbuka, bercerita semua perkara kepada anda sebagai isterinya. Tapi percayalah ada perkara yang tidak mungkin akan terungkap dari mulut suami.

Bukan berniat menyembunyikannya daripada isteri tapi kerana sikap lelaki yang tak mampu mengekspresikan rasa hati dan perasaan mereka. Empat perkara ini adalah antaranya.

1. Dia tak tahu luahkan perasaan kecewa, sedih mahu pun masalah
Perkara yang satu ini memang sinonim dengan sikap lelaki. Mereka tak tahu cara meluahkan isi hati mahu pun berkongsi masalah. Jadi untuk ungkap perasaan kecewa, sedih apatah lagi jika berkaitan sikap isteri adalah sangat sukar. Menariknya isteri selalu dapat mengesan isi hati pasangannya
melalui air muka suami.

2. Dia sangat bergantung kepada anda
Sebagai suami dan ketua keluarga sudah tentu dia mahu dilihat sebagai seorang yang kuat dan melindungi anak isteri. Tapi hakikatnya ketika ini dalam banyak aspek suami sangat bergantung pada isteri baik dalam urusan keluarga hinggalah kewangan. Perkara ini tak mungkin diungkap suami
kerana tak mahu dilihat lemah.

3. Dia perlukan belaian
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/19/33.jpg
Ada masa seorang suami hanya mahu bermesra dengan isteri. Dia mahu dipeluk, tangan dipegang, tidur di pangkuan isteri ataupun kepala diusap. Belaian ini tak semestinya berakhir dengan hubungan intim. Dia mahu merasai kedekatan emosi dengan wanita yang dicintai.

4. Dia juga mahukan pujian
Seperti isteri mahu dipuji, suami juga menginginkan perkara yang sama. Ia untuk memberi keyakinan tentang penampilan dirinya. Oleh itu sekali sekala berikan pujian buat suami. Kata-kata seperti "Warna baju yang abang pakai hari ini sesuai sangat dengan abang" ada masa sudah membantu memberi keyakinan pada dirinya.
Akhir kata mungkin salah satu daripada perkara di atas dipendam suami anda, sebagai isteri pandai-pandailah anda bertindak mengikut cara yang sesuai.

No comments:

Post a Comment