Tipulah kalau kami kata kami tak kagum dengan kejayaan gadis bernama Syafieqah A’lya ini apabila berjaya membeli rumah teres superlink dan Subaru di usia 24 tahun.
Well, rasanya kisah-kisah macamni harus dijadikan contoh buat remaja di luar sana. Mungkin boleh guna pendekatan yang lain, tetapi yang penting sudah simpan ‘misi’ untuk berjaya macam si cantik manis ni daripada muda lagi. Tahniah dik!
Mission accomplish before 24..
Terngiang-ngiang kata-kata kawan masa belajar Dahulu. “Orang paling gila dalam Rumah ni adalah kau”. Sikit pun tidak terasa apa yang kamu kata, malah ingin berterima Kasih sebab ayat ni menjadi pembakar semangat saya Sampai sekarang
Alhamdulillah cita-cita tercapai dan buat mak tersenyum Saya bukan dari golongan bijak pandai dan keluarga berada, tapi saya tahu Usaha dan pengorbanan serta berkat doa keluarga saya hari ini memberi hasil di masa Akan datang
Saya dah tahan lama segala kehendak saya dan bohong la kalau saya cakap saya tidak suka shopping, tapi saya tahan diri saya sebab saya yakin dengan kata-kata mentor saya Tn Khairul Ezuwan , “tahanlah sementara kehendak awak hari ini untuk dapat sesuatu yang lebih baik akan datang dengan lebih selesa”, saya banyak belajar dengan beliau bagaimana mengenal apa yang positive dan apa yang negative. Apa yang perlu didahulukan, apa yang perlu dikemudiankan. Bagaimana tahap memiliki kehendak tanpa terbeban. Dulu saya pernah cakap pada beliau, mustahil saya mampu lakukan tapi beliau dengan tenang jawab, TAK MUSTAHIL PON, AWAK BUAT JER.
Saya telah berjaya lakukan sebelum umur saya 24 tahun untuk miliki apa yang saya mahukan. Walaupon itu kehendak, saya tidak terbeban lagi untuk memilikinya dan ini masanya saya nak reward diri saya sendiri . Betul orang cakap, Kita bukan cukup bila bergaji besar, Kita akan rasa cukup bila Ada simpanan yang cukup. Lepas tu angka gaji bukan lagi faktor utama.
Kepada rakan-rakan , Tidak ada yang mustahil jika kita sanggup berusaha lebih, cekal dan kental untuk ubah diri kita sendiri . Semoga anda semua berjaya. Saya menulis untuk memberikan inspirasi apa yang telah saya lalui dan apakah hasilnya.
Sekadar perkongsiaan
Syafieqah Alya
Berjaya juga kumpul harta lain..
Malah, menerusi Facebook Khairul Ezuwan, si cantik manis ini sebenarnya dah memang berjaya mengumpul ‘harta’. Malah, dia juga merupakan pelajar cemerlang semasa belajar dahulu.
Saya nak share sedikit apa antara yang beliau telah kecapi sebelum umur beliau 24 tahun atas kebenaran dari beliau untuk menjadi inspirasi kepada orang Ramai terutama golongan muda dan belia.
Beli Kereta Myvi (Disewakan)
Pembiayaan ASB 200K , Teknik Compounding. Tidak usik dividen.
Rumah Terrace Superlink baru 5 bilik, 5 bilik air.
simpanan yang besar setiap bulan. Semua komisen, OT & income part time disimpan. Beliau hanya gunakan gaji basic untuk survive.
Beli kereta Subaru XV (kegunaan sendiri)
pembiayaan belajar telah dilangsaikan
tidak mempunyai pinjaman peribadi
tidak pernah mempunyai kredit kad
Kalau korang nak tahu caranya, bolehlah terus PM kepada mereka ya!
No comments:
Post a Comment