JOHOR BAHRU - "Minta bantuan orang ramai, anak saudara saya lari dari
rumah sejak semalam bersama seorang lelaki Bangladesh. Jjika ternampak
beliau, sila hubungi saya 017-6334861," demikian rintihan ibu saudara
gadis berkenaan.
Bapanya, Noorhan Adam, 40, hanya mengetahui tentang kehilangan anak
daranya, Nur Atikah Noorhan,19, setelah dimaklumkan oleh adik iparnya.
"Adik ipar menghubungi saya pada jam 11.30 pagi pada 25 Januari 2016
tentang kehilangan anak gadis yang dipercayai telah lari dari rumah di
Felda Ulu Tebrau, Tiram, Johor, mengikut rakan lelakinya, Arif atau Daus
Hosin, warganegara Bangladesh.
"Mereka dipercayai telah lari ke Thailand. Saya cuba menghubungi nombor
telefon anak saya tetapi gagal. Saya juga cuba mencarinya di sekitar
kawasan rumah juga gagal," katanya.
Menurut Noorhan, lelaki Bangladesh itu pernah datang ke rumahnya dan
menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Nur Atikah. Bagaimanapun,
Noorhan tidak bersetuju.
"Saya syak anak saya telah lari bersama lelaki itu ke Thailand untuk
berkahwin . Sehingga kini anak saya belum pulang ke rumah dan tidak
dapat dikesan," katanya.
Justeru, Noorhan meminta bantuan pihak berkuasa mengesan dan menyekat
anaknya daripada menyeberangi sempadan negara. - THEHYPEMEDIA.COM
No comments:
Post a Comment