Friday 22 January 2016

Awas, Jika 'Mengidam' Makanan Ini Waktu Datang Bulan!

Jauhi 4 Makanan Ini Bila Anda Datang Bulan Dan Ini Sebabnya...
Bila datang bulan malah beberapa hari sebelum itu lagi, mulut mula rasa nak makan macam-macam. Terutama sekali yang manis-manis. kadang-kadang mengidamnya macam mengalahkan perempuan mengandung. Tapi selalynya yang kita teringin itu sebenarnya tak elok diambil oleh wanita yang sedang period.

Sebabnya bila haid, wanita selalu sakit perut, cramp atau kejang. Antara puncanya adalah salah pemakanan.Jadi untuk menghindari masalah itu, makanan berikut seharusnya dijauhi ketika tempoh bendera merah berkibar.
1. Makanan Bergoreng
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/91215/ayam%20goreng.jpg
Memang kita akan cakap, makanan apa yang tak bergoreng? Sebab hampir kebanyakan makanan atau lauk kita digoreng. Tapi kalau tak dapat hindari sekurang-kurangnya kita kurangkan waktu period. Makanan yang digoreng seperti ayam, ikan dan sayur goreng mengandungi minyak yang mampu meningkatkan kadar estrogen di tubuh. Estrogen yang berlebihan inilah menyebabkan perut kejang dan sakit.

2. Makanan Segera
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/91215/period4-makanan%20segera.jpg
Restoran makanan segera ini ada banyak dan cukup memudahkan kita untuk membelinya. Tapi makanan ini mengandungi natrium yang kesannya boleh menyempitkan pembuluh darah. Makanan segera juga mengandungi lemak tinggi yang sekali lagi meningkatkan kadar estrogen.

3. Minuman Bergas atau Soda
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/91215/soft-drink_2484428b.jpg
Ramai wanita yang suka minuman bergas ketika dalam bulan. Katanya untuk melancarkan darah haid.  Perlu diketahui minuman ini mempunyai kandungan gula tinggi menyebabkan bila anda mengambilnya kadar gula dalam darah turut meningkat. Ketika gula darah naik, tubuh akan lesu dan memberi emosional pada diri, antaranya rasa sedih dan kurang keyakinan.

4. Minuman Berkafein
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/91215/period%205%20Coffee-and-Tea.jpg
Minuman seperti kopi dan teh seperti yang kita tahu berkafein. Minuman ini juga menyebabkan pembuluh darah menyempit hingga menyebabkan perut berasa tegang.

Kalau korang sedang period dan tengah makan pula makanan di atas ni sila henti kan ya. Kecuali korang memang sengaja nak MC tak mahu pergi kerja. Oppsss!

No comments:

Post a Comment