November yang lalu, Zahir Ali, memuat naik beberapa gambar anak saudara
yang mengalami masalah tulang belakang. Kini perkongsian itu telah
mendapat 107,541 shares di laman Facebook.
"Moga gambar-gambar ini menyedarkan para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah di sekolah rendah.
"Gambar-gambar berikut menunjukkan anak saudara saya yang masih berada
di sekolah rendah. Akibat selalu membawa beg yang berat serta penuh
dengan buku, dia mula berjalan dalam keadaan bongkok dan mengadu sakit
belakang badan.
"Ketika dibawa bertemu dengan doktor, dia terpaksa menjalani pembedahan
untuk mengembalikan tulang belakangnya pada keadaan normal.
"Saya merayu kepada anda semua, jangan biarkan anak-anak anda mengangkat
beg sekolah yang berat di belakang badan mereka," katanya.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen berpendapat bahawa apa yang berlaku
pada anak saudara Zahir Ali itu sebenarnya adalah Skoliosis, penyakit
tulang belakang.
Difahamkan, penyakit scoliosis ini adalah penyakit keturunan. - THEHYPEMEDIA.COM
No comments:
Post a Comment