Mungkin tidak semua bersetuju dengan jenaka yang ditampilkan oleh Nabil
Ahmad ketika mengacara namun dalam masa yang sama, pelawak ini masih
mendapat sokongan tidak henti-henti daripada peminat. Jelas Nabil kepada
Utusan Online, jika tidak sukakan jenaka yang dibawakannya, jangan
tonton persembahannya.
“Bukanlah saya nak cakap besar tetapi saya memang kena terlepas cakap.
Yang mana yang tak selesa itu, jangan tengok. Saya cakap terus terang
sajalah, kalau ada yang tak selesa dengan cara saya mengacara, soal
sensitiviti itu bukan daripada saya tetapi dialah yang terlalu sensitif.
Kalau orang itu sensitif lebih, dia tak patutlah berada di situ”
“Saya tak salahkan penonton sebab memang saya dikenali dengan cara
begitu. Itulah saya. Jadi kalau saya masih lagi berada di situ (diberi
tugas mengacara), maknanya saya diterimalah. Secara tak langsung
menunjukkan bahawa saya masih diberi kepercayan oleh pihak produksi
untuk berada di situ dan mengendalikan program”
“Jadi yang bercakap ini, daripada 10 orang, mungkin cuma seorang saja
yang tak berpuas hati. Untuk orang macam saya, saya malas nak ambil
pusing sebab kerja saya memang begitu. Yang saya lakukan itu menjadikan
yang berbeza daripada pengacara lain. Anda boleh tanya balik, apa yang
membezakan saya dengan orang lain? Apa yang membezakan kita dengan orang
lain? Masing-masing mesti tak sama bukan?”
“Kepada mereka yang terlalu sensitif, carilah jalan lain untuk tak perlu
tengok saya sebab saya pun tak paksa orang untuk tengok saya,” katanya
kepada Utusan Online menjelaskan pendiriannya.
No comments:
Post a Comment