“Saya dirogol, hampir setiap malam dan saya tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya. Mereka beritahu saya, saya boleh dibunuh jika saya buka mulut, dan tiada siapa yang tahu apa yang saya lalui.”
Itulah kata-kata membanggakan seorang budak lelaki berusia 15 tahun yang dikatakan menjadi mangsa kepada satu siri rogol yang didakwa dilakukan oleh dua lelaki yang bertanggungjawab terhadap rumah kebajikan kanak-kanak di Jinjang.
Rumah kebajikan di sebelah kuil itu dikaitkan dengan kes rogol dan dera secara seksual kanak-kanak lelaki di bawah jagaan mereka, manakala dari segi fizikal menyalahgunakan kanak-kanak perempuan yang turut tinggal di sana.
Kanak-kanak lelaki yang enggan namanya disiarkan, memberitahu The Rakyat
Post bahawa pengalaman pahit beliau berlarutan selama hampir dua tahun
dan dengan wajah ketakutan di matanya, berkata penderaan seksual itu
bermula hanya seminggu selepas ibu bapanya menghantarnya ke rumah.
“Satu malam, saya dipanggil masuk ke dalam bilik yang menjadi tempat
tinggal pemilik rumah itu. Di situ, dia meminta saya menyentuhnya, saya
enggan dan melarikan diri.
“Saya balik ke bilik saya dan memberitahu rakan sebilik apa yang berlaku
dan dia berkata, kejadian itu biasa, dan saya sepatutnya buat apa yang
mereka minta atau mereka akan bunuh saya.
“Sejak itu, mereka merogol saya berulang kali. Kami mengingati rutin
yang selalunya dibuat dari jam 1 pagi hingga 5 pagi, di bilik stor rumah
berkenaan.
“Ada tanah luas di belakang rumah dan mereka kata, mereka boleh buat apa
saja yang mereka inginkan, mereka boleh bunuh saya, tanah saya di situ
dan malah, ibu bapa saya tidak akan dapat mencari saya.”
Beliau menceritakan dengan jelas hari dia diselamatkan, iaitu pada 8
Oktober lalu apabila abang pengasas memaklumkan kepada ibu bapa dan
beberapa orang lain untuk mengambil anak-anak mereka kerana individu di
rumah kebajikan itu melakukan “perkara tidak baik” terhadap kanak-kanak
itu.
Seorang lagi kanak-kanak lelaki turut mendakwa diperlakukan perkara yang
sama dan beliau gembira dapat keluar dari `neraka’, ketika ramai antara
kawannya masih tinggal di situ.
Ketika ini, beliau hanya mampu berharap rakan-rakannya itu dapat diselamatkan.
Bapa kepada salah seorang kanak-kanak yang mendakwa dirogol, berkata dia
cuba untuk mengambil anaknya dari rumah kebajikan itu, beberapa kali,
tetapi selalu gagal berjumpa anaknya kerana pemilik rumah terbabit
mendakwa ibu bapa perlu melalui beberapa prosedur sukar terlebih dulu.
“Sekalipun, apabila saya cuba membawa anak keluar semasa Deepavali,
mereka tidak membenarkan dan memberitahu saya, saya perlu melakukan ini,
dan ini, sebelum saya boleh melihat anak saya.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku sekalipun saya mengesyaki ada yang
tidak kena, sehinggalah bulan lalu, apabila seorang kawan kepada abang
pengasas (rumah kebajikan) menghubungi semua ibu bapa dan memberitahu
kami apa sebenarnya yang berlaku di dalam rumah itu,” kata lelaki yang
mahu dikenali sebagai Ravi.
Anak lelaki Ravi dihantar ke rumah kebajikan berkenaan pada usia 9
tahun, dan menurut Ravi, anaknya yang kini berusia 16 tahun mendakwa
dirogol berulang kali sepanjang tujuh tahun berada di sana.
“Dia enggan bercerita mengenai apa yang berlaku kerana saya fikir, dia sangat trauma.”
Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak lelaki menegsahkan dirogol selepas
ujian perubatan yang dikendalikan doktor di Hospital Kuala Lumpur
menemui bukti penderaan sesual.
The Rakyat Post semalam menghubungi Ketua Polis Sentul Assistan
Komisioner R Munusamy yang mengesahkan kedua-dua pemilik rumah kebajikan
dan pengasasnya ditahan reman bagi siasatan di bawah Seksyen 377C Kanun
Keseksaan.
Seksyen ini memperuntukkan kesalahan paksaan liwat atau rogol liwat, dan
sehingga kini, usaha untuk menghubungi rumah kebajikan berkenaan gagal
No comments:
Post a Comment