Thursday, 11 February 2016

4 Kesalahan Waktu Sarapan Penyebab Diet Jadi Sia-sia

4 Kesalahan Waktu Sarapan Penyebab Diet Jadi Sia-sia
Jika anda sedang berjuang menurunkan berat badan, tapi hasilnya masih tak nampak, mungkin anda harus melihat semula cara pemakanan terutama ketika sarapan.

Sebabnya sarapan atau makan pagi memberi kesan yang besar pada hasil diet seseorang. Tapi sayangnya, ramai pula yang kerap melakukan kesalahan waktu sarapan hingga menjadi punca diet gagal. Antaranya empat kesalahan ini. Semak takut takut anda melakukannya selama ini.

Kesalahan 1: Melewatkan sarapan
Ramai memilih tidak sarapan dengan tujuan dapat mengurangkan kalori. Padahal, itulah puncanya membuatkan anda semakin gemuk. Ketika melewatkan sarapan, otak akan lebih cepat memberi respon bila melihat makanan yang tinggi kalori.

Akibatnya, keinginan untuk mengambil makanan tersebut menjadi lebih tinggi dan sukar dibendung. Oleh itu adalah lebih baik anda mengambil sarapan, bila perut kenyang anda kurang bernafsu bila melihat makanan yang terhidang di depan mata sebelum tiba waktu makan tengah hari.
Kesalahan 2: Ambil makanan karbohidrat, tinggi gula
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/10/7-Kesalahan-Fatal-Dalam-Program-Diet.jpg
Oleh kerana tidak mahu makanan yang terlalu berat, anda memilih sarapan roti bersama segelas kopi. Memang makanan jenis ini mampu menambah tenaga kerana mengandungi karbohidrat sama seperti nasi.
Tapi tanpa anda sedari, ketika mengambilnya, banyak juga gula yang masuk ke dalam tubuh. Sarapan terbaik untuk anda yang sedang diet adalah bijirin oat bersama buah. Pastikan minuman anda dikurangkan gula.

Kesalahan 3: Kurang sayur dan buah segar
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/10/Fruit-salad-diet-healthy-breakfast-weight-loss.jpg
Menurut Produce for Better Health Foundation, pengambilan buah yang ideal untuk wanita dalam sehari lebih kurang lebih 350 gram, dan sayuran 525 gram. Jadi walaupun kita rasa sudah mengambil pelbagai makanan sihat seperti oat, putih telur ataupun kentang rebus, tubuh tetap rasa ada sesuatu yang kurang sekiranya tidak mengambil buah dan sayuran. Anda selalu rasa begini bukan?

Kesalahan 4: Kuantiti makan terlalu sedikit
Sarapan dalam jumlah yang sedikit akan menyebabkan anda makan banyak sewaktu makan tengah hari dan malam. Idealnya, makan lebih banyak makan waktu pagi dan kurangkan ketika makan malam. Sebab itulah ada kata pepatah 'Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.'
Dah tahu kesalahan kesalahan waktu sarapan, usaha untuk elakkannnya kalau tak mahu penat diet tapi hasilnya tiada.

Sumber www.boldsky.com

No comments:

Post a Comment