SHAH ALAM - Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mencabar golongan belia di
negara ini menceburi sektor pekerjaan sukar, kotor dan berbahaya (3D)
jika enggan kerajaan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing dari
Bangladesh.
Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, hanya sebilangan kecil
rakyat Malaysia yang 'sudi' bekerja di sektor 3D berbanding jumlah
rakyat yang hanya pandai mengkritik tindakan kerajaan yang mahu membawa
masuk 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh.
"Realiti ekonomi perlu dibangunkan dan ia memerlukan tenaga kerja. Kita
ada tangga kerja seperti pekerja mahir dan separa mahir. Secara
idealnya, kita mahu semua tangga kerja itu dipenui. Tetapi berapa ramai
yang sanggup bekerja dalam sektor yang enggan diceburi oleh rakyat
Malaysia termasuk bekerja di kilang perabot?
"Industri itu memerlukan lebih 160,000 pekerja. Pengilang mengadu,
rakyat Malaysia yang diberi pakej upah dan gaji bagus, namun tidak tahan
dengan tanggungjawab. Baru kerja dua tiga bulan sudah cabut (berhenti,"
katanya, lapor Berita Harian Online.
"Majikan mengadu, mereka mengambil rakyat Malaysia dengan memberikan
gaji minima, caruman pekerja dan juga bonus. Tetapi rakyat Malaysia
hanya mampu bertahan selama sebulan sahaja.
"Saya mahu mencabar golongan belia menceburi apa sahaja bidang seperti
pekerjaan mencuci longkang, kutip buah dan juga cuci bangunan," katanya.
- PIXEL MEDIA
No comments:
Post a Comment