Saturday, 13 February 2016

Ini 6 Tips Beli Rumah Untuk Pasangan Suami Isteri. Wow, Boleh Jadi Jutawan Hartanah Macam Ni!

hartanah
Bila dah berkahwin, sudah tentu berkeinginan nak membeli rumah untuk keselesaan keluarga kan. Kalau mampu, boleh juga beli rumah kedua, rumah ketiga. Bolehlah buat sewa atau homestay untuk menambah pendapatan.
Nah, Mohd Herman berkongsi tips membeli rumah untuk pasangan suami isteri. Bagus juga cara yang diajar ni.

Screen Shot 2016-02-11 at 3.15.16 PM 1
(sekadar gambar hiasan)
Beli hartanah guna pinjaman digalakkan beli atas 1 nama. Jika sudah berkahwin juga digalakkan beli hartanah atas 1 nama. Kenapa?
1. Insurans pinjaman akan “cover” 100% jika penama ditimpa musibah cacat kekal dan tidak berupaya atau kematian. Jika 2 nama, salah seorang masih hidup maka insurans pinjaman hanya cover 50% maka yang hidup masih perlu bayar bayaran bulanan.
2. Pinjaman rumah pertama dan kedua, bank akan biayai 90% dari harga pasaran. Jika sudah berkahwin, maka suami isteri boleh beli 4 buah rumah dengan pinjaman 90%. Jika guna 1 nama untuk 1 hartanah. Jika bergabung nama maksimum 2 hartanah sahaja 90% pinjaman. Rumah ke3 dan seterusnya 70% pinjaman sahaja.
3. Bagi pasangan suami isteri mempunyai 4 buah rumah, 3 buah rumah tersebut boleh disewakan. Jika lebih KREATIF, pendapatan sewa dari 3 buah rumah tersebut boleh menampung bayaran pinjaman bagi rumah yang kita duduk. Inilah yang dikatakan duduk dengan percuma.
4. 3 buah rumah juga boleh dijadikan sebagai simpanan jangka panjang untuk pendidikan anak-anak atau sebagai wang pesaraan dengan menjualnya semula atau pembiayaan semula.
5. 3 hartanah tersebut juga boleh diwakafkan supaya pahala berterusan apabila kita tiada di dunia lagi.
6. Jika kerja government boleh gunakan pinjaman perumahan kerajaan 100% pembiyaan untuk property yang terakhir iaitu rumah ke3. Jadi pasangan suami isteri yang berkerja government boleh memiliki 6 rumah sebenarnya.
Jika ada wang modal yang besar tiada masalah untuk beli lebih banyak lagi. Share semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment