Salam semua. Semalam terbaca kisah suami yang ada isteri curang tapi
sayang nak cerai. Bro, kisah kita sama tapi jalan cerita lain. Kat sini,
aku share sikit pasal hidup aku. Bismillah...
Usia perkahwinan aku 10 tahun, aku ada anak sulung umur 6 tahun dan anak
kecik 2 tahun. Aku kerja kontraktor, jadi aku selalu outstation. Ada
satu hari, aku outstation kat muar. Tapi hati aku tergerak sangat nak
balik JB, aku rindu rumah, rindu anak2, rindu nak tengok muka bini aku.
Masa tu tak ada smartphone lagi. Aku sanggup gerak balik JB. Sampai
rumah, tahu aku nampak apa? Kun faya kun, Allah nak tunjuk pada aku.
Isteri aku dengan jantan lain dalam rumah, anak kecik aku merengek
sorang kt luar. Masing2 tengah pakai baju masa aku sampai. Nampak muka
aku, lintang pukang jantan tu lari. Isteri aku dah merayu-rayu minta
maaf jangan cerai. Aku terdiam. Aku nak mengamuk, aku nak marah. Aku tak
ada kekuatan nak lafaz cerai masa tu. Aku tengok muka anak, aku kesian.
Kesian anak-anak aku.
Sejak hari tu, aku tak ambil projek luar. aku main dalam JB je, dekat
dengan rumah. Aku tak lekat dekat rumah, duduk rumah aku terbayang bini
aku dengan jantan tu. Aku tengok muka anak aku, aku kesian. Aku solat
pergi masjid, subuh pun aku pergi masjid. Kat rumah aku rasa serba tak
kena. Bab jimak, isteri aku selalu kata penat kerja. Aku tidur kat ruang
tamu. Aku maafkan isteri aku. Untuk lupakan, susah...
Kemudian, selepas setahun. Aku tak dapat projek besar, kerja kecik2 pun
takde. Aku duduk rumah, duit aku cukup tanggung anak bini. Sambil tu aku
amik upah pasang paip, upah repair rumah. Alhamdulillah, rezeki
sentiasa ada.. isteri aku, dia kata aku duduk rumah macam tanggung
biawak hidup. Kenapa? Aku duduk rumah bukan duduk saja. Aku tolong dia
urus anak, urus makan. Duit bukan aku tak bagi. Tak apa lah, aku diam.
Tak lama lepas tu, aku dapat projek dengan SAJ. Ada rezeki lebih, isteri
aku minta hadiah kereta sempena hari lahir dia. Aku belikan. Anak
sulung aku minta motor, aku belikan. Anak kecik aku minta gadget, aku
belikan. Kali ni, masa kami on the way balik kampung. Ada sorang
perempuan call bini aku maki2, aku kat seat driver boleh dengar suara
perempuan tu maki bini aku. Bini aku kacau laki orang? Dalam hati aku
sabar. Anak2 kat belakang. Bini aku tak mengaku, dia minta aku backup
dia. Aku tak masuk campur. Sampai kampung, aku check handphone bini aku.
Alhamdulillah, Allah tunjuk lagi. Bini aku kata, sekarang kat kampung..
nak gaduh tunggu balik JB. Takpe lah.. aku malas nak gaduh. Aku pun dah
sampai tahap malas fikir bini aku lagi. Aku fikir anak2 aku. Apa nasib
diorang.
Beberapa bulan selepas, aku berkenan dengan sorang anak dara. Perasaan
aku jumpa budak ni, sama macam mula2 jumpa bini aku dulu. Tengok muka
budak ni tenang hati aku, hilang beban otak fikir masalah. Aku nak
ngorat, tapi budak ni jual mahal. Nak tak nak, aku bagitau bini aku..
Aku nak kawin lagi satu. Bini aku mengamuk. Dia tanya perempuan mana,
dah berapa lama. Aku gelak. Tak pernah bini aku 'caring' macam tu.
Sayang rupenye... Aku bawa jumpa dengan budak tu. Budak tu tak percaya
aku nak buat dia jadi bini.
Sejak aku nak kawin baru, bini aku kata aku nak balas dendam. Bukan
balas dendam, tapi pengajaran. Aku tunjuk gambar budak tu kat mak aku,
mak aku pun suka. Bini aku, susah sikit. Macam main tarik tali. Setahun
aku main tarik tali dengan bini aku. Akhirnya bini aku suruh nikah siam.
Sebab malu dengan orang kampung nanti, tapi dah terlambat. Bapak mertua
aku dah kecoh satu kampung, aku nak kawin lagi. Untuk makluman, bapak
mertua aku kawin 4 sebab tu bini aku anti poligami. Mak mertua aku
merupakan isteri pertama. Masa berita aku nak kawin lagi satu kecoh,
adik beradik ipar aku sibuk serang bakal bini muda aku tu. Kena maki
bakal bini muda aku tu. Tapi dia rilek je. Rupanya bini aku selama ni
bercerita pasal aku nak kawin lagi kat adik beradik dia. Aku diburukkan
dekat keluarga mertua. Tapi, aku tak heran. Aku nak cari bahagia aku.
Bini aku mendesak cerai, cerai dan cerai. Atas alasan aku dayus sebab
dulu tak ceraikan dia.
Sekali lafaz, aku lepaskan dia masa tu. Perasaan aku lepas tu, macam
terlepas beban berat. Lapang dada aku macam bernafas lega panjang.
Mungkin sepatutnya kami bercerai dulu. Lepastu, bini aku meroyan. Dia
call semua orang termasuk mak bapak bakal bini aku. Dia suruh aku kemas
baju aku dan keluar dari rumah dia cepat. Masa aku balik nak pack baju,
dia minta maaf menangis. Dia mengaku silap dia, janji nak berubah. Dia
sayang rumah tangga kami. Dia tak boleh tanggung hidup sorang, dia masih
perlukan aku. Dia minta aku rujuk dengan dia. Aku call mak aku, aku
luahkan apa aku rasa. Aku mengaku aku gagal didik isteri aku dengan
baik. Tapi aku tak cerita apa salah bini aku. Aku cuma tanya, apa aku
perlu buat? Mak aku nasihatkan aku rujuk semula, kesian dengan anak2.
Kalau tak sayang bini lagi, kesiankan anak2. Esoknya aku rujuk di
mahkamah syariah dan aku pegang janji bini aku untuk berubah tapi aku
masih teruskan niat untuk nikah lagi.
Hari raya 2014, kami balik kampung bini aku. Sedara mara dia perli dia
"Tu lah kau, dulu bapak kau sibuk kahwin lagi kau sibuk serang mak tiri
kau mengalahkan mak kau. Sekarang, padan muka.. laki kau orang amik!"
Aku nampak dia nangis dalam bilik. Tapi aku tak pergi pujuk, aku biar
dia pujuk diri sendiri. Mak mertua aku nasihat, nikah lagi jangan lupa
anak bini yang sedia ada. Apa pun salah anak dia, dia minta aku maafkan.
Aku pun kata, aku tak amik hati pun. Aku dah biasa. Balik raya belah
kampung aku, mak aku tak tanya pasal hal aku nak kawin lagi. Mak bapak
aku jenis tak masuk campur hal anak asalkan anak2 tau jaga diri. Balik
JB, bini aku cerita. Dia sentap balik raya kat kampung dia dgn kampung
aku. Kat kampung aku dia lagi sentap dgn mak aku, dia cerita dia tengah
borak dengan mak aku.. Mak aku tanya dia macam mana dia dengan bakal
bini aku, dia jawab mungkin balasan untuk dia.. Mak aku kata "memang lah
balasan, Allah uji kau.. sabar lah.. " Dia cuma sentap sebab mak aku
kata memang balasan utk dia. Pada aku, itu hal kecik. Orang tua biasa
memang terlepas cakap, tak perlu kita nak sentap.
Sebab aku tak layan sentap bini aku, dia serang lagi bakal bini aku.
Satu family dia serang. Dlm hati aku masa tu, laki mana lagi la boleh
tahan dengan bini aku ni kalau bukan aku je? 20 tahun aku hidup dengan
dia, aku tahan dengan perangai singa dia. Kalau laki lain, aku rasa
makan kaki tangan jugak ni. Aku tengok bakal bini aku tu buat tak layan
je bini aku meroyan kat rumah dia. Aku gelak je dalam kereta. Alahai
bini, sayang jugak kau ni. Dah habis adegan serang menyerang kat rumah
orang, bini aku call pulak bakal bini aku tu. Penat bini aku maki, dia
jawab ok je. Habis call, bini aku tanya "Abg nak kawin dengan siapa ni?
Budak ni tak ada perasaan ke? Penat saya je.." Aku diam kan je.
Lepas tu, bini aku dengan bakal bini aku baik. Shopping sama, makan
sama, tengok wayang sama. Tenang hati aku, rezeki aku pun semakin murah
bila diorang berbaik. Alhamdulillah. Tak lama kemudian, aku nikah lagi
di songkhla atas permintaan bini pertama. Selamat nikah, aku sewakan
bini muda aku rumah dekat je dengan bini pertama. Senang aku nak ulang
alik. Dah poligami ni, bini pertama aku dah mula solat, mula tutup
aurat. Alhamdulillah. Bahagia kejap je, bini pertama aku meroyan lagi.
Halau aku dari balik rumah dia, siap campak baju depan rumah bini muda.
Jiran-jiran semua nampak, kebanyakan jiran situ kawan2 aku. Bini muda
aku, kutip satu persatu baju aku. Dia pun tak bagi aku balik rumah dia,
aku pun tidur kat petronas dalam kereta. Pengalaman pertama, tidur dalam
kereta kt petronas...
Tak lama lepastu, bini-bini aku baik semula... macam biasa keluar sama2.
Aku tinggal dgn anak kat rumah layan WWE. Bini pertama aku kata tak
payah balik rumah dia, sebab adik beradik dia selalu datang bermalam kat
rumah. Jadi aku pun tinggal dengan bini muda tapi selalu balik juga
sana tengok anak. Bini pertama aku mula berjinak dengan zumba. Dia kata
bosan. Dia dapat kawan baru. Bini muda aku jenis duduk rumah, balik
kerja duduk rumah. Susah ajak keluar berjalan, kecuali otak dia dah tepu
sangat stress kerja dia ajak aku pergi karaoke. Dia minat sukan, tapi
aku tak bagi join. Kalau dua bini aku sibuk dunia luar, aku kat rumah
boleh tepu jugak.
Ditakdirkan Allah itu maha adil pada hambanya. Allah tunjuk lagi pada
aku. Sekarang zaman smartphone, gadget, internet dan sebagainya. Bini
aku pun ada fb/wechat/LINE/whatsapp/telegram. Kelebihan pada aku ialah,
aku boleh baca otak dia. Password dia utk access semua tu aku boleh tau.
Jadi, satu hari aku tak ada kerja kat site. Tangan aku gatal nak godek
FB bini aku. Aku buka email dulu, tak jumpa apa-apa. Tapi masa aku nak
sign out tu, dia suruh aku click google plus photos tak silap aku. Kat
situ la terbongkar segala nya. Aku jumpa gambar bini aku dengan jantan
lain. Aku download satu persatu gambar tu aku simpan kat pendrive, siap
print screen sekali kat komputer. Lepas tu aku buka FB dia pulak, aku
baca mesej dia dengan 2 orang jantan lain. Yang aku kelakar 2 orang
jantan tu kawan baik, kena game dengan bini aku. Gelak sorang aku. Aku
tekan bahagian photo kat FB, ada yg sync with phone. Kat sini la
kelebihan smartphone, jumpa lagi banyak gambar. Gambar keluar date,
gambar screenshot conversation whatsapp/wechat, gambar lucah diorang
semua ada. Aku istighfar. Aku download satu persatu jugak.
Anak jantan jangan kata kita kuat sangat, ego tinggi tak menangis bila
kena macam ni. Kita ingat satu je, Allah ada. Allah akan balas. Tapi
bila duduk sorang, mesti meleleh punya. Aku pejam mata, terbayang muka
anak2 aku je. Aku tak nak lepaskan bini aku. So hari tu, aku tunggu bini
aku balik kerja. Aku tanya dia pasal jantan2 tu. Dia tak mengaku. Aku
kata tak apa, aku ugut bagitau mak dia perangai dia tak elok. Dia kata
aku tak ada bukti, kes dulu kes lama. Aku kata, dulu tak ada bukti pasal
tak ada smartphone, sekarang zaman berubah. Aku tahu apa dia buat
belakang aku. Aku tunjuk gambar lucah dia. Dia terdiam. Aku cakap aku
nak post kat fb. Dia takut, dia minta maaf. Dia kata tak ada contact
lagi. Aku percaya (sebenarnya tidak).
Esok nya, aku buka lagi email & FB bini aku. Aku jumpa gambar
terbaru. Kali ni terus aku cakap kat bini aku, kalau nak teruskan dengan
jantan tu. Aku suruh kahwin dengan mereka. Bini aku tak nak. Aku kenal
jantan tu, kawan sekolah bini aku. Aku pernah ikut bini aku pergi
reunion sekolah lama dia. Dah kantoi macam ni, bini pertama aku meroyan
kat bini muda aku lagi. Diorang gaduh lagi. Aku biarkan diorang settle
sendiri. Aku pesan kat anak sulung aku, jaga ibu dan adik dia elok-elok.
Sebab aku dah tak sebumbung lagi dengan anak-anak. Anak aku paham. Bini
pertama aku asyik call supaya aku tak ceraikan, aku kata aku tak akan
ceraikan. Aku biarkan masa tentukan mana hala tuju hubungan kami. Allah
lebih tahu hati kami.
Bini muda aku, Alhamdulillah dari awal kenal sampai sekarang masuk 2
tahun nikah. Kalau bini pertama aku meroyan, serang, cari gaduh.. dia
buat tak tahu. Datang rumah pecah barang pun, dia siap pelawa tidur
rumah. Aku biasa tengok diorang bertekak mulut, aku duduk tepi tangga
perhati kan je. Buat hiburan... tapi, macam mana buruk pun perangai bini
ni.. jauh sudut hati. Suami tetap sayang. Kepada bro yang share masalah
bini dia curang tu, aku faham kenapa kau tak cerai kan dia.
Malas semak kepala fikir hal bini ni, baik cari duit senang kan
keluarga. Sekarang, aku bahagia dengan bini muda. Bini pertama, aku bagi
nafkah duit tiap bulan. Aku dah niat, selangkah dia dalam maksiat tanpa
pengetahuan aku. Semoga Allah membalasnya dengan setimpal. Aku cari
rezeki untuk keluarga aku. Bini pertama aku sendiri pernah sumpah, kalau
dia curang dia sanggup terima azab Allah. Aku pun redha. Bini pertama
aku pun tak nak menjanda bila aku tanya pasal cerai.
Semua orang ada kegagalan dalam hidup. Kegagalan aku paling teruk dalam alam rumah tangga. Sangat menguji aku. Tapi bagi pengajaran yang tak semua orang akan faham. Hilang sebuah kasih sayang, hadir sebuah kebahagiaan.
Thanks admin. Maaf panjang cite. Aku tulis pengalaman sepanjang alam
perkahwinan aku. Alam perkahwinan, kalau kena uji jangan cepat fikir
cerai. Kunci dia sabar dan berserah pada Allah. Tapi kalau dapat
pasangan kaki segala kaki, selamatkan diri anda... Assalamualaikum. -
KISAH RUMAH TANGGA
No comments:
Post a Comment