Resipi dan kaedah yang ditunjukkan cukup mudah, semua ABC, tak percaya mari kita lihat langkah demi langkah yang dikongsi. Suka VK kalau dapat resipi yang sedap tapi mudah macam ni.
LANGKAH 1
Pukul telur, gula dan garam sehingga kembang menggunakan mixer (boleh juga menggunakan pengisar atau blender). Apabila kembang masukkan tepung, kaup balik adunan menggunakan spatula atau senduk kayu.
LANGKAH 2
Masukkan adunan tadi dalam sandwich maker yang terlebih dahulu dilencer dengan minyak. Kemudian tutup dan tunggu hingga lampu sandwich maker padam.
LANGKAH 3
Apabila lampu padam buka penutup sekiranya nampak bahulu belum masak, tutup dan masak lagi.
LANGKAH 4
Nah, ini rupa bahulu yang dah siap masak. Nampak gebu dan cantik kejadiannya.
Senangkan, kalau macam ni hari-hari kita boleh buat bahulu. Selamat mencuba!
Sumber Facebook Hasl Jali
No comments:
Post a Comment