Thursday, 11 February 2016

Nak Gaji RM3,500? Graduan Sekarang Perasan Lebih

Saya selalu ke kedai printing / fotostat di Seksyen 7 Shah Alam. Selalu nampak graduan print resume dan adakalanya mereka letak di atas kaunter bayaran. 
Saya nampak isi resume, tak boleh bernafas bila tengok 'expected salary' RM3,500. Malah saya pernah nampak RM4,500. Bila tengok kelulusan mereka, 'Oh! Biasa-biasa sahaja'. Bukan belajar undang-undang ke, perubatan ke, kejuruteraan angkasa ke, dari universiti luar negara ke. Diploma biasa-biasa sahaja rupanya. 
Saya lihat gaya pemakaian mereka yang sibuk fotostat resume gaji RM4,500 dan fotostat transkrip yang banyak repeat paper pula:
  • Perempuan pakai tudung singkat nampak dada
  • Perempuan pakai legging ketat
  • Perempuan pakai baju jarang macam net bola sepak
  • Perempuan pakai selipar jepun masuk jamban
  • Perempuan ketawa berdekah-dekah satu Shah Alam boleh dengar
  • Lelaki hisap rokok depan kedai
  • Lelaki pakai seluar pendek di atas lutut
  • Lelaki pakai baju gambar 'hantu'
  • Lelaki hisap vape depan kedai pegang resume gaji RM4,500
  • Lelaki selebet macam hantu baru bangun tidur
Saya terasa macam nak pitam. Saya rasa kecewa kerana saya membayangkan bagaimana pensyarah menahan rasa dan migrane melayan anak-anak didik mereka.
Saya bersembang dengan beberapa orang yang sedang fotostat resume. Sepanjang perbualan saya dengan mereka yang sedang mencari kerja (graduan baru konvo), banyak perkara yang mengecewakan saya dan saya percaya orang dewasa yang berfikiran seperti saya akan terasa sangat kecewa dengan mereka seperti di atas. 
Mungkin anak mudah tidak faham dengan fikiran kami tetapi apa hendak jadi graduan sekarang? Maaf cakap, 'Mereka ini perasan lebih'. 
Saya? Saya dulu gaji RM1,600, kerja dari hari Isnin - Sabtu. Bukan gaji yang saya kejar tetapi pengalaman dan ilmu. Budak sekarang sibuk dengan gaji. Yelah, berangan nak memiliki iPhone 6.  - Puan Lily Sabrina Md Saberi | PIXEL MEDIA

No comments:

Post a Comment