Alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah setahun rumah yang direnovate oleh
Abd Rahman melalui syarikatnya Onestop Renovationsll siap sepenuhnya.
Sudah setahun juga duduk menyewa, inshaAllah tahun depan kami akan pindah masuk ke rumah berkenaan.
Pada pengalaman saya, sukar sebenarnya untuk kita menemui kontrak Melayu
Bumiputera yang bagus serta jujur. Kos pembinaannya juga sangat telus,
tiada caj tersembunyi. Malah beliau sendiri yang mengeluarkan kos untuk
kerja-kerja yang terlepas pandang.
Sebelum saya memulakan renovation, ramai yang berkata jika quotation
yang diterima dalam RM150,000, kita kena sediakan dalam RM200,000 lebih.
Tetapi, alhamdulillah dengan beliau, hanya ada pertambahan kurang dari
RM5,000. Itu pun kerana saya nak buat beberapa perubahan.
Seringkali kita dimomokkan dengan mentaliti Kontraktor Melayu kerja
tidak setanding bangsa yang dominan itu bukan buat kerja sendiri. Masih
juga menggunakan 90% tenaga warga asing.
Di sini, kita perlu bijak menilai kontraktor. Bukan semua kontraktor
Melayu haprak dan tidak pula semuanya sempurna. Begitu juga kontraktor
dari kaum-kaum yang lain. Cuba kita selongkar, kerap kali juga kita
dijajakan dengan kes-kes kontraktor bangsa lain yang menipu pelanggan.
Oleh yang demikian, kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa semua orang itu adalah sama perangainya.
Alhamdulillah, melalui 8 quotation yang diterima, selama lebih dua bulan
lebih saya berfikir, akhirnya saya nekad memilih Onestop Renovationsll.
Jika kita tidak memberikan peluang, kita tidak akan nampak hasilnya.
Saya tidak memantau setiap masa kerana sibuk. Namun mereka jujur dalam
menjalankan tugas. Alhamdulillah, kerja siapa seperti yang dijanjikan.
Cuma terlewat sikit kerana kebetulan pula pada masa projek ini
dijalankan terkena pada musim hujan pula. Tetapi hasilnya masih
memuaskan hati saya.
Biasalah kerja-kerja renovation ini mesti ada yang perlu touch up
selepas siap. Namun saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan Encik
Rahman kerana saya hanya perlu menghubunginya sekali sahaja, beliau
akan datang menyelesaikan sebarang touch up dalam tempoh yang singkat.
Kini, sudah lebih setahun dan semuanya dalam keadaan yang boleh dibanggakan.
Jika ada yang berhajat mahu renovate rumah atau yang berkaitan, saya
sarankan anda hubungi Encik Rahman dan cuba dapatkan juga quotation dari
beliau.
Encik Rahman - 016 2779 9362
No comments:
Post a Comment