Sungguh kami amat tersentuh dengan coretan isi hati seorang isteri yang dimadukan suami setelah ditinggalkan tanpa sebarang nafkah.
Lebih menyedihkan lagi, wanita ini sendiri menyaksikan detik bahagia suaminya bersama isteri baru.
AKU TERIMA NIKAH NYA. . !!
Saat Diri dihiasi dgn baju perkahwinan, muka diconteng dengan berbagai warna debaran juga makin terasa dalam beberapa minit akn mnjadi isteri.. Berkumpul sanak saudara, adik beradik dan keluarga bakal mertua dirumah ku. Saat Tok kadi berkata. Dah sedia semua. Jantung ku laju berlari tah kemana pergi nya.. Saat tangan bakal suami ku bersalaman dgn Tok Kadi air mata aku mula bergenang.
AKU NIKAH KAN DIKAU DENGAN ********* BINTI ZULKIFLY DENGAN MAS KAHWIN NYA RM**** TUNAI. Sah !!ALHAMDULLILAH.
Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri. Allahuakbar, air mata tanpa aku sedar mngalir tanpa henti. Kegembiraan tak dapat di ungkap dengan kata2. Saat suami memandang wajah aku dgn linangan air mata dlm hati aku berkata “betul ke dia suami aku betul ke kami akn hdp mati bersama lepas ni”
Mula lah khidpan kami sebagai suami isteri, susah senang hidup bersama. Lalui pelbagai dugaan lepas khwn. jtuh bgun sama2, saat susah mngis sama2, gembira sama2 saat senang.. Bila hampir setahun perkahwinan ada yg bertnya dah ad isi ke ? Saat tu mula lah hati makin down, bila bgtahu husbnd, husbnd say biar lah dorg tu semua kan rezeki Allah. Hlg rasa sedih bila dengar semua tu dr mulut husbnd. Tahun kedua perkahwinan rasa bahagia tu tinggi menggunung. Bahagia tu tak dapat di ungkap dgn kata2.
Angkara orang ketiga..
Kebahagian kami diuji saat org ke3 dtg mengganggu.. Dengan alasan, Sayang ada job kat melaka. Untuk mencari rezeki yg HALAL pergi lah sayang walau pun naluri isteri berkata semua iti tidak benar untuk pergi buat kerja (15/10/2015)..Sampai satu saat Allah bg petunjuk siapa suami aku yg sebenar nya. AllahuAkbar, hancur nya hati aku ya Allah. Insan yg aku percaya insan yg aku sayang snggup khianati hdp aku.. Apa salah dan dosa aku. .
Aku belajar untuk sabar, pada pandangan org aku nmpk kuat. Daripada tutur kata aku nmpk gigih untuk terus senyum. . Padahal tu semua lagak ngeri je nak tnjuk dkat org yg aku ni hebat padahal hati aku hancur bekecai, menangis tanpa org tahu setiap hari. Berlagak ckp dgn kluarga mentua ckp aku ok, xksh pon ap die nak buat. Padahal hati aku ya Allah.. Tak kan lah tak sedar yg aku sdg bsedih dgn sikap adik dan anak korg. .
Tarikh 24/12/2015 sampai mati aku tak akn lupa. Aku masih sah kenapa ni balasan yg korg bg pada aku. Hancur nya hati, bagai kan nak mati trima hakikat..
3 bulan tanpa khabar berita..
3 bulan pg tnpa berita dan khabar akhir nya dpat tahu kau bhgia bersama insan lain dgn ikatan yg sah. 6/2/2016 aku sendri datang lihat dgn mata aku sendri, betapa hebat nya kau duduk di pelamin bersama org lain. Begitu gah sekali majlis kau. 10k tetamu boleh bg mkn sdg kan aku sorg selama 3 bulan kau abai kan tanpa sebutir nasi kau tnggal kan.
Abai kan isteri dr 15/10/2015 hingga kan hari ini. Mana sifat perikemanusian. Tatkala baik mengambil anak org kenapa ini kesudahan yg kau bg pada kami semua. .
Begitu perit untuk aku terima semua ni. Lepas kan lah aku cara baik. pulang kan lah aku cara baik pada keluarga aku. Sebagaimana korg rasa hari ini begitu jgak lah kami rasa apabila dikhianati sebelum ini.
Aku redha saat dihina, aku redha saat dicaci oleh org yg rapat dan yg aku sayang. . Hari ni, hina lah lagi kecam lah lagi caci lah lagi. . Aku terima semua nya. Ramai lagi yg masih sayang kan aku dan sokong aku.
Dulu aku kalah kerana ramai yg mempercayai kau dgn sikap pembohong kau, aku pejam mata pekak kn tlinga buat xtahu sbb aku tahu allah ta’Ala sntiasa ad untuk aku.
Isteri dibuat seperti hamba..
“Tak ada seorg perempuan pun saat dia dinikahkan mintak diabaikan nt. Mintak hatinya disakiti. Mintak cintanya dikhianati.. Tak ade seorg perempuan pun inginkan maruah nya dipijak suami, kehormatannya tidak dilindungi, atau harga dirinya tiada erti lagi. Tak ade seorg perempuan pun yg mahu melukut di tepi gantang.. Mengharap simpati suami sendri. . Mengemis kasih untuk menumpang.. Suami mungkin terlepas didunia.. Berlagak seperti Raja. . Isteri dibuat seperti Hamba. .Nanti di MAHKAMAH agung ALLAH, kamu akan ditanya tanpa mampu berhelah. Setiap tanggungjawab yg kamu tnggalkan, Semua akan DIADILI walaupun sebesar KUMAN..
Sumber: Quyun Zulkifly
No comments:
Post a Comment