Friday, 8 January 2016

9 Ayat Al-Quran Yang Galakkan Umat Manusia Untuk 'Travel' Dan Lihat Dunia

  • Sebelum kita mulakan, kita lihat dulu pada surah Al-Mulk ayat 15. Baca dan hayati maksudnya:

    • Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.
      says.com
  • Daripada ayat ini saja jelas menunjukkan bahawa dunia ini merupakan satu hamparan luas terbentang yang perlu diterokai oleh sekalian manusia

    • Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan "berjalanlah" atau "mengembaralah" di muka bumi.

      Islam sejak awal pengajarannya menggalakkan seseorang mengembara untuk menimba ilmu pengetahuan. Allah menegaskan manusia supaya melihat alam yang pelbagai rupa, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, berkenalan antara bangsa, dan pelbagai lagi.

      Kesemuanya itu bertujuan meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan dan mendalami pengetahuan tentang Tuhan.
      says.com
  • Ada banyak perkara yang Tuhan suruh kita tengok di Bumi ini. Bukanlah sekadar tengok dengan mata kepala saja, tetapi pandanglah dengan mata hati.

    • Setiap ciptaan-Nya pasti ada kegunaan. Setiap yang kita lalui dan temui juga pasti ada hikmah.

      Yang paling Dia mahu kita tengok ialah kesan tinggalan orang-orang terdahulu yang musyrik, iaitu apa yang berlaku kepada orang-orang yang bongkak, sombong, dan mendustakan Dia.

      Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Ada yang mahu Dia beritahu melalui setiap perkara yang dijadikan oleh-Nya.
      says.com
  • Tak semestinya travel perlu menelan kos yang tinggi. Tuhan tak pernah kata mengembara hanyalah untuk orang yang ada banyak duit.

    • Rujuk kisah pengembaraan ilmu ulama zaman silam, malah zaman sekarang. Berkelana jauh meninggalkan keluarga tanpa wang yang banyak, kerana mahu jadi hamba Allah yang lebih baik.

      Pengembaraan yang bernilai tinggi hanyalah yang dilakukan demi Dia. Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk. Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak dipelajari, semakin bodoh dirasakan.

      Kitab-kitab Islam terdahulu mencatatkan kembara para ilmuwan dalam usaha menuntut ilmu. Setiap ilmuwan pasti ada catatan mengenai kembara mereka. Kembara juga melonjak nama mereka dalam bidang ilmu.
      says.com
  • Untuk itu, di bawah ada 8 lagi ayat Al-Quran yang menggalakkan manusia untuk mengembara dan berkelana ke seluruh dunia:

  • 1. Surah Muhammad Ayat 10

    • Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu.
      says.com
  • 2. Surah Luqman Ayat 31

    • Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.
      says.com
  • 3. Surah Yusuf Ayat 109

    • Dan tiadalah Kami mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?
      says.com
  • 4. Surah Ar-Rum Ayat 42

    • Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.
      says.com
  • 5. Surah Ali 'Imran Ayat 137

    • Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul).
      says.com
  • 6. Surah Ar-Rum Ayat 9

    • Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-Rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
      says.com
  • 7. Surah An-Naml Ayat 69

    • Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu.
      says.com
  • 8. Surah Al-An'aam Ayat 11

    • Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul) itu.
      says.com
  • Dan sebelum kita akhiri, nak tahu apa lagi satu kelebihan mengembara?
    Doa orang yang mengembara ni mustajab.

    • Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

      “Tiga doa yang mustajab, tanpa syak padanya; doa ibubapa untuk anak, doa orang bermusafir, dan doa orang kena zalim” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dll. Bertaraf sahih).
      says.com
  • Jadi mengembaralah. Itu salah satu tanggungjawab kita sebagai Muslim. Kembara dengan hati, kembara dengan iman. Selamat beramal :)




No comments:

Post a Comment