FENOMENA REMAJA BAWAH UMUR LARI IKUT JANTAN MENJADI-JADI
Sedari awal kami terima berita yang viral ini sudah dapat dijangka yang
remaja ini tidak diculik berdasarkan banyak tanda-tanda tersurat dan
tersirat. Kerana itulah kami tidak ikut menviralkannya kerana khuatir
akan terpedaya seperti banyak kes kes lain.
Print screen yang kami highlightkan ini kami paparkan kerana ada yang
mempertikaikan bahawa ahli keluarga gadis ini dari awal lagi sudah
meminta orang ramai agar tidak mengatakan adiknya lari ikut jantan.
Ada yang mengirim mesej kepada kami kongsikan kes lari ikut jantan
dengan modus operandi yang berbagai rupa. Kami amat membenarkan
perkongsian mereka kerana kami sendiri banyak menangani kes yang sama.
Ada yang sanggup tinggal bersama dengan 7 jantan di rumah sewa dan
mengaku menikmati seks dengan kesemuanya sampai berbulan-bulan lamanya.
Sebahagian malah sanggup menjual dirinya untuk membeli dadah teman
lelakinya.
Kepada ibubapa atau ahli keluarga yang masih tidak sedar akan situasi
bencana sosial dan fenomena ketagihan seks remaja bawah umur ini
rapatkanlah diri dengan aktivis masyarakat, para guru, polis, jabatan
agama, petugas hospital dan sebagainya. Amat bahaya apabila kita terlalu
bersangka baik dengan anak gadis kita lalu tidak langsung mencemburui
mereka. Cemburuilah anak kita.
Komen dari Cikgu Ramlah Zailani di bawah ini boleh anda baca di ruang komen video berita penemuan ‘remaja culik’ ini semalam.
"Minggu akhir persekolahan November yang lalu, terjadi kes yang sama
dengan anak murid saya. Hilang dan viral. Kelam kabut sesarwa jagat
termasuk keluarga, jiran, segala grup WhatsApp (yang pastinya banyak
menokok nasi tambah cerita), FB, malah ahli qariah masjid juga membuat
solat hajat.
"Saya juga sebagai gurunya yang tertipu hidup-hidup mati-mati
mempertahankan namanya dari cerita andaian bukan-bukan sehingga babak
dia ditemui. Di hadapan saya dia budak baik. Tak tahulah pula sebaliknya
memang selalu keluar atau agak dibebaskan oleh keluarganya mungkin.
"Episod ceritanya hampir sama, cuma tahap teknik dramanya rendah sikit
dari yang ini. Dia cuma mengirimkan SMS kepada bapanya dengan nombor
telefon asing berbunyi “abah tolong”.
"Pada akhir kekecohan, dia ditemui menaiki motosikal dengan teman lelaki
dari daerah lain yang dikenali melalui Wechat. (Nama tidak disebut!)
Masya Allah... anak-anak remaja kita!!!
"Terlalu banyak berangan dan menonton drama barangkali. Apapun, di
sebalik kejadian ini ada peringatan untuk anak-anak dan kita sendiri
sebagai ibubapa yang punya anak-anak. Wallahu 'alam," katanya. -
No comments:
Post a Comment