JAKARTA – Ibarat ikan haruan yang sanggup makan anak-anaknya sendiri, 
namun kes ini mungkin jauh lebih buruk lagi daripada haiwan air tawar 
tersebut.
Setiap malam sepanjang tiga tahun lepas, gadis remaja berusia 17 tahun, 
yang bernama ‘DR’ (nama sebenarnya dirahsiakan), terpaksa melayan nafsu 
seks bapa kandungnya sendiri, Rusdi.
Lelaki kejam berumur 44 tahun itu tergamak mengadakan hubungan seks 
dengan DR di rumah neneknya yang juga ibu mertua Rusdi, di Tangerang ibu
 wilayah Banten dekat sini.
Mangsa belasan tahun itu malah terpaksa rela melakukan hubungan seksual 
dengan bapanya tersebut yang amat tidak berperikemanusiaan dari Februari
 2012 hingga Jun 2015.
Lebih mengejutkan dan menggusarkan, Rusdi menyuruh anaknya itu memakai 
baju gaun seksi bekas isterinya yang juga ibu DR kerana mangsa dikatakan
 mirip wajah jandanya.
Gadis itu sebenarnya menolak hubungan kelamin tersebut, namun diancam 
akan dibunuh oleh bapanya. Lebih menyedihkan lagi, mangsa sebenarnya 
seorang anak yang cacat fizikal.
Dia dilaporkan media Indonesia sebagai tidak mampu melakukan apa-apa, 
selain merangkak di rumahnya manakala menurut pihak berkuasa, pada 
mulanya, mangsa disuruh menonton video lucah.
Ketika gadis itu bertanya kepada bapanya mengapa beliau harus berbuat 
demikian, lelaki itu berkata, anaknya perlu mengetahui adegan yang 
ditunjukkan dalam video tersebut.
Ini kerana mangsa konon akan juga perlu melakukan pelbagai adegan 
ranjang yang ‘panas’ itu apabila bersama dengan suaminya nanti selepas 
mendirikan rumah tangga.
Namun, itu ternyata hanyalah sekadar muslihat dan tipu helah Rusdi bagi 
merangsang syahwat seks anaknya serta memuaskan nafsu kebinatangannya 
yang cukup jijik.
Kes tersebut akhirnya diketahui juga oleh ibu si mangsa, yang kemudian 
bertindak segera melaporkannya kepada pihak polis tempatan dan Rusdi 
berjaya ditangkap.
Ibu mangsa dilaporkan sudah lama meninggalkan rumah mereka tersebut 
sejak 2012, kerana berasa tidak tahan dengan suaminya itu yang 
berkelakuan cukup buruk.
Jika disabitkan kesalahan di bawah undang-undang Indonesia, Rusdi boleh meringkuk dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun
No comments:
Post a Comment